Segalanya Tentang Makan..

Lasagna Daging Cheese Pedas Super Creamy, Mudah Je Tapi Sedap Tak Terkata.

0 790

Bila waktu pkp ni tekak mulalah nak makan macam-macam. Baik makanan berlauk sampailah ke dessert yang bermacam jenis. Dari selalu buat kek, biskut atau brownies tu, apa kata beralih ke makanan western pula iaitu lasagna daging cheese pedas berapi.

Kalau tengok resepi lasagna daging cheese dari Aishah Shukor ni, memang buatkan kita terliur dengan cheese nya yang melting dan super creamy. Dah alang-alang jumpa resepi ni, tak perlu tercari-cari resepi lain lagi.

Walaupun stepnya nampak panjang, sebenarnya nak buatnya mudah je. Bahan-bahan pun mudah untuk disediakan. Resepi lasagna ni cukup dengan rasa pedas dan lemak berkrim. Kalau makannya memang tak cepat muak, malah boleh makan sampai licin.

Yang buatkan sedap tu, bahan utamanya bukan sekadar daging je, kat dalamnya pun ada dimasukkan cendawan yang buatkan rasa lebih sedap.

Sekali pandang tahulah lasagna daging cheese ni bukan je kaya dengan bahan, tapi nampak mewah dengan rasanya yang rich dengan tekstur yang padat.

 

RESEPI LASAGNA DAGING CHEESE PEDAS

Untuk resepi ni, bahan-bahannya boleh hasilkan 5 bekas Round Aluminium Foil saiz 5’. Barulah puas makan untuk sekelurga.

Tapi kalau tak nak makan sekali gus pun, lasagna ni boleh disejuk bekukan (frozen) dalam peti. Bila nak makan barulah bakar dalam oven atau air fryer.

Bahan-bahannya:

Instant lasagna sheet (kulit lasagna-San Remo) yang lebar punya
Mozarella cheese (untuk tabur masa akhir nanti)

Bahan sos putih:
  • Sekotak susu segar low fat atau full cream
  • 2 senduk tepung gandum
  • 6 ulas bawang putih dicincang halus
  • ½ buku butter anchor atau buttercup apa-apa sahaja (yang sebuku tu bahagi dua)
  • Cheddar cheese (size kecil je. Kalau tak ada, boleh guna cheedale 4 keping)
  • Garam, gula, lada hitam halus ½ sudu
Bahan sos merah:
  • 2 keping daging kisar Ramly (bukan daging burger, tapi daging kisar)
  • 1 tin button mushroom (yang dah siap slice tu)
  • 1 botol sos spagetthi (guna yang cendawan jenama kimball)
  • 1 senduk cili kisar
  • Garam, gula, lada hitam halus 1 sudu

Cara buat daging sos merah:

▶️ Mula-mula panaskan minyak sesenduk dalam kuali.

▶️ Masukkan daging kisar dan goreng sampai kering airnya.

▶️ Jangan cuci pula daging ni sebelum tu. Masukkan je terus dalam kuali.

▶️ Bila daging dan kering dan masak, tolakkannya ke tepi kuali dan masukkan cili kisar.

▶️ Tumis cili sampai garing.

▶️ Masukkan lada hitam halus 1 sudu dan kacau sebati.

▶️ Masukkan cendawan dan balik-balikkan.

▶️ Kemudian masukkan sos spagetthi dan kacau sebati.

▶️ Perasakan dengan garam secukupnya.

▶️ Jangan lupa gula. Masukkan dalam 3 sudu.

▶️ Biarkan masak bagi melikat, tapi jangan sampai kering.

▶️ Dah siap!

▶️ Dalam periuk lain, buat sos putih.

Cara buat sos putih:

▶️ Panaskan periuk dan cairkan butter.

▶️ Kemudian masukkan bawang putih yang dicincang halus dan tumis sampai naik bau.

▶️ Bila dah naik bau, masukkan tepung gandum dan gaul rata dalam butter yang panas tu.

▶️ Kacau jangan bagi berbuku-buku atau berketul.

▶️ Kemudian masukkan susu segar. Boleh agak-agak banyak mana. Lebih pun tak apa.

▶️ Teruskan kacau tanpa henti supaya tak berketul.

▶️ Sambil kacau tu, campurkan sikit air panas secawan.

▶️ Perasakan dengan garam secukupnya. Masukkan juga gula dalam 2 sudu. Boleh agak-agak tahap manis anda suka. Asalkan rasanya seimbang.

▶️ Lepas tu masukkan ½ sudu lada hitam.

▶️ Masukkan cheddar cheese dan kacau sampai jadi pekat melikat.

▶️ Begini rupa teksturnya. Akan kelihatan seperti sos carbonara. Kalau pekat sangat, boleh masukkan sikit-sikit susu dan kacau sebati. Pastikan cheesy dan melting.

Cara buat lasagna daging cheese pedas:

▶️ Sekarang sos semua dah siap, boleh mula buat lasagna. Tapi sebelum tu perlu lembutkan kulit lasagna dulu.

▶️ Caranya, celurkan kulit lasagna dalam air mendidih di dalam periuk. Air mendidih tu campurkan sikit dengan minyak masak supaya kulit tak melekat.

▶️ Masukkan kulit lasagna sekeping demi sekeping dan celur sehingga lembut. Tapi pastikan tak terlalu lambik. Cukup sekadar lembut dan tak kejung.

▶️ Dah lembut, angkat sekeping-sekeping dan ceraikan jangan bagi bertindih supaya nanti tak melekat.

▶️ Masukkan lapisan sos daging merah dulu ke dalam foil atau casserol.

▶️ Kemudian letakkan sekeping kulit lasagna di atasnya.

▶️ Seterusnya masukkan sos putih. Dan taburkan sikit cheese mozzarella supaya nanti ada cheese tarik.

▶️ Lapikkan lagi dengan kulit lasagna.

▶️ Kemudian letak sos merah lagi.

▶️ Kemudian letakkan kulit, dan penghabisannya ialah sos putih.

▶️ Taburkan mozzarella cheese lagi di atasnya sebanyak mana anda suka.

▶️ Baginilah rupanya lasagna yang dah sedia untuk dibakar.

▶️ Kalau tak nak bakar semua, boleh simpan dalam freezer.

▶️ Panaskan oven atau air fryer. Dan bakar pada suhu 170’c selama 15 minit atau ikut oven masing-masing.

▶️ Dah siap.

▶️ Sedia dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Baked Macaroni Cheese Leleh. Cara Simple Tapi Sangat Sedap Dan Puas Makan!

 

Memang melting tengok hasil lasagna yang super creamy ni. Kalau nak kurangkan pedas pun boleh kalau nak buat untuk anak-anak. Ikut citarasa anda.

Nikmat makannya bila ada cheese tarik-tarik dari bahagian dalam sampai bahagian luarnya. Bab-bab cheese ni mesti anak-anak yang paling suka.

Lepas ni bolehlah cuba lasagna daging cheese pedas ni buat makan-makan santai sekeluarga. Serius berbaloi dengan pelbagai rasanya. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.