pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kerabu Maggi Thai Sedap Meleleh. Guna Mee Segera Tomyam Ori Thai. Masam, Wangi Dan Padu!

0 10,112

Pernah tak anda makan mee segera original dari Siam tu? Kalau beli yang perisa tomyam tu, rasanya memang sedap sangat dengan keaslian perisa tomyam asli Thai. Kalau ada stok mee segera ni, apa kata jom buat resepi kerabu maggi Thai yang super sedap dan marvelous ni.

Gunakan serbuk perasa dalam mee segera tu dan masukkan beberapa lagi bahan tambahan yang menaikkan lagi aroma dia. Memang padu rasa dia lagi-lagi dibuat kering dan cukup rasa masam, manis, pedas dan wangi.

Bila buat kering-kering lagi sedap untuk meratah. Bahan-bahannya simple je. Syaratnya kena wajib ada sos ikan yang memang perlu untuk setiap resepi masakan Thai.

Perkongsian resepi kerabu Maggi Thai sedap meleleh ni ialah dari Zurina Zulkefli. Kalau kita amati memang ada pelbagai versi kerabu Maggi yang orang kongsikan.

Resepi ni antara yang menarik sebab gunakan mee segera ori Siam dan dibuat kering. Bahannya pun ringkas je dan mudah untuk disediakan.

 

RESEPI KERABU MAGGI THAI ORI SEDAP MELELEH

Untuk resepi ni gunakan 4 bungkus mee segera Siam perisa Tomyam. Kalau nak lebih, boleh gandakan semua bahan tambahan supaya rasanya balance.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Mee segera tomyam Thai 4 bungkus (gunakan sekali serbuk perasanya)
  • Sos ikan 2 sudu besar
  • Gula putih 2 sudu besar (atau nak gunakan gula perang pun boleh)
  • Pes asam jawa 1 sudu kecil
  • Perahan jus limau nipis (resepi ni gunakan pati limau nipis dalam botol sebab pemilik resepi dah kehabisan stok limau nipis. Sebaiknya anda gunakan jus limau nipis sebenar)
  • Bawang merah dihiris (boleh agak-agak kuantiti anda suka)
  • Cili padi hijau yang diracik (ikut kepedasan yang anda nak)
  • Tomato dipotong kecil
  • Filamen ketam (siap direbus)
  • Daun salad
  • Lobak merah (dipotong halus panjang)
  • Daun ketumbar dihiris

Cara buat kerabu Maggi Thai Ori:

▶️ Mula-mula buka plastik mee segera dan asingkan serbuk perasa dan mee.

▶️ Rebuskan mee dalam air mendidih selama 3 minit, kemudian angkat dan toskan. Ketepikan dulu.

▶️ Sediakan satu mangkuk besar, masukkan serbuk perasa mee segera ni tadi.

▶️ Kemudian masukkan sos ikan ke dalamnya. Tak perlu lagi dah masukkan garam sebab sos ikan ni dah rasa masin. Gaulkan sebati.

▶️ Kemudian masukkan gula putih atau pun gula perang.

▶️ Masukkan pula pes asam jawa.

▶️ Masukkan pati limau nipis. Tapi nak rasa lebih umpphh, perahkan jus limau nipis yang sebenar.

▶️ Masukkan hirisan bawang merah dan juga cili padi.

▶️ Jangan lupa masukkan juga tomato. Dan gaulkan sekata.

▶️ Kemudian bolehlah masukkan mee segera yang dah direbus tadi.

▶️ Masukkan filamen ketam yang dah siap direbus, daun salad dan hirisan lobak merah. Kalau nak masukkan seafood lain pun boleh. Tapi jangan lupa rebus dulu.

▶️ Gaulkan sebati dengan tangan supaya rencah kerabu tadi rata pada keseluruhan mee segera.

▶️ Taburkan hirisan daun ketumbar untuk naikkan lagi rasa dan aromanya.

▶️ Gaulkan sehingga semuanya sekata.

▶️ Dah siap, boleh makan ratah macam tu je!

 

BACA JUGA: Cara Buat Pes Tomyam Power! Simpan Dalam Bekas. Nak Masak Terus Ceduk Je!

 

Tengok je pun dah buat kecur air liur kan. Untuk rasanya, sebenarnya boleh adjust ikut citarasa dan tekak sendiri.

Yelah, kadang-kadang kita lebih suka masam, pedas atau nak lebih berperisa. Jadi, boleh adjust untuk kuantiti jus perahan limau, cili padi dan juga sos ikan.

Kalau makan kerabu Maggi di restoran Thai tu, lagilah pekat dan masam perisa kerabunya. Memang padu bila dimakan macam tu je. Bolehlah anda buat sendiri lepas ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.