Siapa je yang tak tergoda dengan mee goreng basah ni. Kalau nampak terhidang, confirm ambil pinggan dan garfu. Siap bertambah-tambah. Lagi-lagi kalau kuahnya pekat ecak-ecak, siap melekit-lekit lagi. Makan tak pandang kiri kanan dah.
Pada yang selalu mencari resepi mee goreng basah meletop punya, ada resepi mee goreng basah sedap dan mudah je anda nak follow, iaitu resepi Hashimah ni. Simple je cara dia buat. Siap penuh dengan bahan yang pasti buat anda terliur.
Cara beliau, nak kan kuah pekat dan melekit-lekit yang confirm layan punya, perlulah tambah tepung jagung sikit. Lepas tu lebihkan kuah.
Kalau tak letak banyak bahan sampingan pun dah cukup sedap sebenarnya. Nak kan bahan sampingan lebih tu sebenarnya optional.
Kadang-kadang ada yang lagi suka mee goreng basah kosong bersayur je kan. Ikut suka anda nak adjust part bahan tambahannya tu. Apa lagi, jom kita lihat resepinya.
RESEPI MEE GORENG BASAH
Resepi ni untuk portion hidangan 3 orang dewasa. Kalau anda nak masak lebih, gandakanlah bahan-bahannya. Boleh agak-agak.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Bawang merah besar 1 biji
- Bawang putih 3 ulas
- Cili kisar 2 sudu makan (ikut tahap kepedasan anda suka. Boleh letak lagi kalau nak pedas)
- Cili sos 5 sudu makan
- Kicap manis 4 sudu makan
- Sos tiram 2 sudu makan
- Tepung jagung 1 sudu makan (bancuhkan dengan air biasa setengah gelas)
- Setengah biji tomato dipotong dadu
Bahan sampingan (yang ni pilihan nak letak apa):
- Udang beberapa ekor
- 1 batang sosej
- 4 biji fishball
- 1 batang fishcake
- 2 biji tauhu kering
- Setengah biji tomato dihiris
- 1 biji cili merah dihiris
- Setengah batang lobak merah dihiris panjang
Cara masak mee goreng basah:
▶️ Mula-mula tumbuk bawang merah besar dan bawang putih.
▶️ Kemudian panaskan minyak dalam kuali, dan masukkan bawang yang dah ditumbuk tu bersama cili kering. Dan tumis hingga pekat warnanya.
▶️Kemudian masukkan tomato dan sambung tumis hingga layu dan hancur. Tumis tomato ni tips nak naikkan rasa.
▶️ Seterusnya masukkan segala bahan sos dan kicap. Gaul sehingga sebati.
▶️ Kemudian masukkan semua bahan sampingan kecuali mee. Kasi masak bahan-bahan ni.
▶️ Masukkan air 2 gelas dan juga bancuhan air tepung jagung tadi.
▶️ Kacau sekata dan perasakan dengan garam gula.
▶️ Selepas tu baru masukkan mee dan sayuran hijau.
▶️ Kacau dan biarkan sehingga mee sebati dengan kuah.
▶️ Sedia untuk dihidangkan.
BACA JUGA: Cara Masak Maggi Goreng Ala Thai Yang Confirm Terliur. Rasanya Padu Walaupun Tak Berkuah!
Satu lagi tips nak bagi kuah mee goreng basah ni lebih terangkat ialah perahkan sikit limau nipis masa sebelum tutup api tu. Masam limau tu tak rasa sangat pun, cuma ia membantu menaikkan lagi rasa.
Sedap sangat kalau buat santapan minum petang. Hidangkan sekali dengan teh o panas. Memang terasa nikmatnya.
Yang dah lama nak makan mee goreng sedap tu, bolehlah try resepi mee goreng basah sedap dan mudah ni. Jangan lupa mencubanya!