Segalanya Tentang Makan..

Resepi Nasi Goreng Kampung Sedap, Simple Dan Senang Je. Sekejap Dah Siap!

0 2,160

Lama dah teringin nak masak nasi goreng kampung sendiri. Selalu order kat kedai makan je. Dapat pula makan dengan sambal belacan dan telur dadar. Fuhh, sepinggan penuh sekejapan je habis. Nak buat resepi nasi goreng kampung sedap ni sebenarnya senang je.

Syaratnya, nak buat nasi goreng sedap ni, gunalah nasi yang bukan baru lepas dimasak. Sebaiknya guna nasi sejuk atau nasi semalam. Kalau lembik nasinya, tak sedap digoreng.

Bila buat nasi goreng kampung, bahan yang wajib ada ialah ikan bilis, belacan dan kangkung. Itu dah jadi simbolik dia. Selebihnya tu letaklah perasa apa yang anda suka.

Nak buat pedas atau tak pun terpulang pada selera masing-masing. Kadang-kadang ada juga yang masukkan sayuran lain seperti kobis, lobak merah dan sebagainya. Janji kena pada selera dan tekak sendiri.

Kalau anda nak buat resepi nasi goreng kampung sedap dan menyelerakan, boleh cuba resepi Nurul Ateekah ni. Tak banyak bahan sukar pun dalam masakannya, dan simple je.

 

RESEPI NASI GORENG KAMPUNG

Guna nasi semalam yang sejuk yang dah siap diperoi atau digemburkan. Jangan bagi berketul-ketul, barulah nanti nasi masak sekata dan cantik terhidang.

Bahan-bahan perlu ada:
  • Nasi 600-700 gram
  • Ikan bilis (yang dah siap digoreng)
  • Kangkung (siap dipotong)
  • Kobis (juga dipotong)
  • Telur 3 biji yang siap digoreng pecah
  • 5 batang cili padi hijau
  • 5 batang cili padi merah
  • 1 batang cili hijau
  • 1 batang cili merah
  • 4-5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Belacan (boleh agak-agak)
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Minyak masak
  • Serbuk perasa Knorr

Cara masak nasi goreng kampung:

▶️ Mula-mula kisar cili padi, cili merah dan hijau, bawang merah, bawang putih dan belacan.

▶️ Kemudian panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bahan yang dah dikisar tadi.

▶️ Setelah dah garing dan bertukar warna keperangan, masukkan sos tiram, sos ikan dan perasa. Kacau sehingga sebati.

▶️ Seterusnya masukkan nasi, telur yang dihancurkan, kangkung, kobis dan ikan bilis goreng.

▶️ Gaul kesemuanya sehingga sebati dan sekata.

▶️ Lepas tu rasa. Kalau ada kurang, taburkan garam sikit.

▶️ Goreng agak lama sikit sampai kering dan sedikit garing. Baru sedap.

▶️ Lepas tu padamkan api dan angkat.

Hidangkan dengan telur dadar. Kalau ada sup kosong pun sedap juga. Boleh buat hidangan makan malam yang santai.

 

BACA JUGA: Resepi Bihun Goreng Simple, Sedap Dan Lembut. Resepi Campak-Campak Je!

 

Lepas tu, kalau suka boleh hidangkan dengan sambal belacan dan timun hirisan. Tapi kalau tak letak benda-benda sampingan pun tak apa, dah cukup sedap dah.

Sebab sayur kangkung dan kobis dah ada, dan nasi goreng pun dah cukup berperasa. Lepas ni nak buat resepi nasi goreng kampung sedap, ikutlah cara simple ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.