Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-NWOA7E.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-NWOA7E.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Yong Tau Fu Chinese Style. Cara Buat Kuah Hitam Dan Sup Sedap!

0 6,627

Siapa kat sini peminat yong tau fu? Kalau makan kat kedai tu, dapat makan dengan kuahnya yang pekat likat memang nikmat. Yong tau fu ni asasnya ialah makanan sup cina. Tapi sekarang dah pelbagai cara orang buat.

Kalau real resepi yong tau fu Chinese style, kebanyakan isi atau bebola ikan dibuat sendiri. Sekarang ni, orang masukkan pelbagai bebola segera dan macam-macam lagi. Lepas tu dimakan dengan kuah hitam pekat.

Kalau anda nak cuba buat resepi yong tau fu Chinese style ni, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan ni.

Boleh buat 2 cara hidangan iaitu dengan hidangan kuah hitam dan juga sup. Simple je sebenanrya tapi sedap dan amat menyelerakan.

Bebola ikan tu kita buat sendiri. Selain ikan, ada sayuran juga dimasukkan dalam hidangan. Boleh buat cara goreng atau rebus. Ikut selera anda.

 

RESEPI YONG TAU FU CHINESE STYLE

Untuk bebola ikan tu, sedap kalau gunakan isi ikan tenggiri. Kalau nak pakai ikan lain pun boleh juga, contohnya ikan kembung dan sebagainya. Tapi ikan tenggiri lagi sedap dan cantik teksturnya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 kilo isi ikan tenggiri (atau pun 1-2 ekor)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • Air atau ais sedikit (guna untuk kisar)
  • 1 batang terung kecil
  • 1 batang peria kecil
  • ¼ batang carrot
  • 2-3 tangkai cili merah dan hijau
  • ½ batang saderi

Bahan-bahan kuah:
  • 1 sudu makan taucu
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh kicap pekat
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • ½ sudu kecil asam jawa
  • 1 sudu teh bijan

Cara buat yong tau fu Chinese style:

▶️ Mula-mula masukkan isi ikan tenggiri ke dalam bekas, dan campurkan dengan garam dan lada sulah. Kemudian gaulkan.

▶️ Kemudian masukkan isi ikan ni ke dalam blender dan kisar dengan masukkan ais. Ais ni lagi mudah dan cepat untuk hancurkan semua isi berbanding air.

▶️ Kalau nak kisar lagi halus, boleh gunakan blender kuasa tinggi (food processor).

▶️ Selepas kisar tu, keluarkan dari blender dan masukkan ke dalam bekas tadi. Dan campurkan tepung jagung sikit ke dalamnya. Gaul sebati.

▶️ Uli adunan ni supaya jadi kental. Perlu uli lama sikit. Dan selepas tu, tutup adunan dan rehatkan di tempat sejuk. Ketepikan.

▶️ Sekarang buat sayuran sumbat pula. Mula-mula potong sayuran mengikut caranya.

▶️ Untuk cili, buang biji dan empulur sekali. Untuk peria pun begitu juga.

▶️ Manakala untuk terung, potong bulat-bulat, kemudian belahkan jangan sampai putus seperti dalam gambar.

▶️ Kemudian sumbat isi ikan yang kita dah kisar tadi ke dalam sayuran. Pastikan kemas sebab nanti takut isi terburai.

▶️ Selepas tu goreng dalam minyak panas. Guna api sederhana je.

▶️ Goreng sayuran ni sampai lembut dan warna jadi keperangan. Kalau garing lagi sedap. Ikut citarasa.

▶️ Seterusnya buat bebola ikan pula. Isi ikan tadi kita bentukkan bulat. Nak mudah guna scoop aiskrim.

▶️ Lepas tu rebuskan. Buatlah beberapa biji bebola, dan tinggalkan sikit adunan isi ikan ni untuk bebola perasa lain kejap lagi.

▶️ Lepas bebola dah timbul ke atas, maksudnya dah masak.

▶️ Bolehlah angkat dan toskan. Biarkan ia menyejuk supaya isi lebih kental dan anjal. Baru sedap digigit.

▶️ Untuk baki adunan tadi, kita buat berlainan rasa sikit. Campurkan carrot dan batang saderi yang dicincang halus.

▶️ Lepas tu buat style goreng pula.

▶️ Goreng sampai jadi warna keemasan macam ni. Rasa dia lebih sedap sebab garing di luar dan lembut isinya di dalam.

▶️ Sekarang buat kuah sup pula.

▶️ Untuk sup, rebuskan air dalam periuk, kemudian masukkan daun bawang, bawang putih, lada sulah, kiub ikan bilis, dan bawang goreng.

▶️ Reneh kuah sup sampai sebati. Dah siap.

▶️ Dan seterusnya buat kuah hitam. Sediakan bekas, dan masukkan kicap pekat, sos tiram, asam jawa, taucu dan gula.

▶️ Masukkan air ke dalamnya, dan masukkan juga tepung jagung untuk pekatkan kuah. Gaul sehingga sebati.

▶️ Selepas tu, tuang sikit minyak bijan. Dah siap kuah hitam yong tau fu.

▶️ Yong tau fu ni sedap kalau ada dihidangkan dengan sambal sikit. Untuk mudah, hidangkan sekali dengan sambal atau sos yang dah siap dijual. Namun, kalau nak buat sendiri pun boleh juga.

▶️ Sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Cara Buat Pengat Bebola Durian. Rasanya Sedap Berganda Dari Pengat Durian Biasa!

 

Letakkan bebola rebus dan goreng tadi bersama dengan sayur sumbat ke dalam pinggan. Dan tuangkan kuah hitam dan sambal segera tadi.

Tabur sikit daun bawang dan biji bijan dah siap disangai. Memang sedap terangkat.

Bukan je simple, rasa dia pun sedap dan cukup rasa pedas, masin dan manis. Selain tu, makanan ni pun kategori sihat juga sebab cukup protein dan hampir tak berminyak.

Kalau nak buat hidangan dalam sup pun sangat menyelerakan. Untuk buat hidangan sup ni, sayur sumbat tadi kita tak payah goreng.

Cuma celurkan je dalam sup yang kita buat tu sampai isi lembut dan masak. Lepas tu hidangkan dengan kuah hitam dan sambal sikit. Memang sedap.

Macam-macam cara hidangan boleh buat untuk yong tau fu Chinese style ni. Lepas ni bolehlah mencubanya. Mana tau, lepas ni tak perlu lagi dah makan yong tau fu di luar. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.