Segalanya Tentang Makan..

Resepi Nasi Goreng Sardin Sedap Dan Mudah. Letak Banyak Isi Sardin lagi Padu!

0 11,377

Kalau ditanya nasi goreng apa yang membangkitkan selera, salah satunya ialah nasi goreng sardin. Biasanya kalau bab nasi goreng ni, bahan rencah jadi faktor utama untuk menentukan kesedapannya. Jom saya kongsikan satu resepi nasi goreng sardin sedap dan mudah untuk disediakan.

Nasi goreng sardin ni sedap dan istimewa sebab rasa sardin tu sendiri. Bila dimasak tak perlu dah nak campurkan pelbagai bahan lain. Cukup dengan telur dan sawi sebagai bahan tambahan. Buat pedas-pedas, rasanya lebih sedap dan menangkap.

Buat ibu-ibu kalau nak sediakan nasi goreng sedap, mudah disajikan dan cepat, boleh buat resepi nasi goreng sardin yang dikongsikan oleh page Seismik Makan ni.

Resepi ni memang terbaik untuk dicuba. Nasi gorengnya dimasak kering, dan sos tomato sardin tu digaulkan sekali dengan telur hancur dan bahan tumisan.

Kalau makan panas-panas memang berselera. Kalau nak bagi feel lagi, masukkan cili lebih untuk rasa yang lebih pedas.

 

RESEPI NASI GORENG SARDIN SEDAP DAN MUDAH

Biasanya nasi goreng sardin ni nak lagi sedap, isi sardin tu jangan terlalu hancur bila gaulkannya dengan bahan lain. Bila banyak sardin berketul-ketul dalam nasi, lebih berasa dan sedap digigit sekali dengan nasi.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Bawang besar 1 biji (dihiris)
  • Bawang putih 3 ulas (dihiris)
  • Cili merah 1 biji (dihiris)
  • Lobak merah 1 biji (dihiris)
  • Cili boh 1 sudu besar (nak pedas boleh lebihkan)
  • Telur 2 biji (dipukul)
  • Sardin 1 tin (asingkan isi dan sos tomatonya)
  • Sawi 1 cawan
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa

Cara masak nasi goreng sardin:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili merah. Tumis sehingga garing dan naik bau wangi.

▶️ Kemudian masukkan lobak merah dan tumiskan sekali sekejap.

▶️ Masukkan cili boh dan gorengkan seketika.

▶️ Setelah garing, ketepikan bahan sekejap, dan masukkan telur. Gaul-gaulkan telur supaya hancur.

▶️ Seterusnya masukkan sos tomato sardin dan gaul sehingga sebati.

▶️ Lepas tu masukkan sawi dan masaknya sehingga layu.

▶️ Masukkan isi ikan sardin dan gaul jangan sampai hancur.

▶️ Kemudian masukkan nasi. Gaul sekata.

▶️ Nasi ni gunakan nasi sejuk. Sebaiknya nasi semalam kalau anda masak nasi goreng ni pagi. Sebab nasi sejuk lebih kerai. Sedap kalau dibuat nasi goreng.

▶️ Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya.

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Goren Kampung Sedap, Simple Dan Senang Je. Sekejap Dah Siap!

 

▶️ Biarkan goreng sekejap lagi dalam kuali. Lepas tu boleh padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

Kalau nak tambah wangi lagi boleh masukkan sikit daun limau purut atau perahkan sikit limau nipis. Ikut selera anda. Tapi kalau tak masukkan perahan limau nipis atau daunnya pun dah cukup sedap dan menyelerakan.

Nasi goreng sardin ni kalau dihidangkan waktu sarapan pagi atau makan malam memang sedap. Bolehlah nanti hidangkan untuk keluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.