Pernah tak anda makan sawi jeruk dalam lauk? Kebiasaannya sawi jeruk ni orang buat masak asam pedas. Rasa sawi jeruk ni lemak masin, manis dan rangup buatkan sedap bila dimakan dalam masakan berkuah. Tapi kali ni perkongsian resepi sawi jeruk dari Syakila Thulus ni lain dari yang lain.
Resepi kali ni ialah sawi jeruk goreng yang dimasak kering tanpa kuah. Simple je, tapi rasa sangat sedap. Lagi-lagi ada dimasukkan udang sebagai ramuan utamanya. Selalunya kalau kita makan sayur goreng tak pernah lagi masak sawi jeruk kan.
Dalam kalangan kaum cina dah biasa makan sawi jeruk ni. Bukan sawi je, sayuran lain pun dibuat jeruk. Tak pastilah apa khasiatnya. Tapi biasanya mereka masak dalam masakan daging sebab katanya nak neutralkan lemak daging tu.
Namun dalam kalangan masyarakat melayu sawi jeruk selalu dicampur dalam masakan asam pedas. Ada juga buat dalam masakan lemak cili api. Rasanya memang sedap dengan lemak dan kerangupannya.
Buat sayuran goreng pun tak kurang hebat juga rasanya. Kalau makan lauk asam pedas, boleh juga buat sawi jeruk goreng ni sebagai lauk tambahan. Confirm berselera anda makan.
RESEPI SAWI JERUK GORENG
Sawi jeruk ni ada dijual yang ready made di pasaran. Tapi ada juga orang buat sendiri sawi jeruk ni untuk simpanan stok sendiri. Kalau anda nak mudah, boleh beli je. Tapi pastikan yang halal ada pengesahan jakim atau produk keluaran melayu.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Sawi Jeruk (dicincang halus, kemudian tos airnya hingga kering)
- Udang (kopek kulit)
- Bebola ikan (dihiris)
- 1 biji bawang merah (dimayang)
- 1 biji bawang putih (dimayang)
- Lada merah (dihiris)
- 2 biji telur
Cara masak sawi jeruk goreng:
▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali.
▶️ Masukkan udang dan tumis sehingga udang bertukar warna.
▶️ Bila udang dah separuh masak, masukkan bawang merah, bawang putih dan lada merah. Tumis hingga garing.
▶️ Lepas tu masukkan bebola ikan dan kacau sekata.
▶️ Kalau nak tambah tauhu hiris nipis pun boleh juga. Ikut selera masing-masing.
▶️ Kemudian masukkan sawi jeruk. Terus kacau dan biarkan hingga sawi jeruk tu agak kering.
▶️ Selepas kacau, tolakkan sayur ketepi kuali dan pecahkan telur ke dalamnya. Gaul telur rata sehingga garing.
▶️ Lepas tu sebatikan sayuran dan telur dan kacau sehingga sempurna.
▶️ Dah siap, sedia dihidangkan.
BACA JUGA: Resepi Sayur Campur Berkuah Chinese Style. Sedap Sangat Dengan Sayurnya Rangup Dan Segar!
Nampak berselera kan? Kalau makan dengan nasi memang sedap. Lagipun muak juga kan kalau masak sayuran yang sama. Belum pernah cuba lagi sawi jeruk goreng, jadi bolehlah cuba.
Nak masaknya pun mudah je. Bahan yang diperlukan sedikit, dan nak masaknya sekejap je siap. Rasa pun boleh tahan sedap.
Kalau terjumpa sawi jeruk kat pasar tu, jangan lupa beli. Bolehlah rasai sendiri masakan resepi sawi jeruk goreng yang simple tapi menyelerakan. Selamat mencuba.