Segalanya Tentang Makan..

Resepi Tauhu Begedil Mudah Je. Rahsia Nak Dapatkan Sambal Kicap Sedap Dan Padu!

0 7,101

Tauhu begedil ni boleh dikatakan dah lama dah orang buat. Saban tahun ada je orang ulang kongsikan resepi ni kat internet. Ni menandakan tauhu begedil ni memang ramai peminat! Resepi tauhu begedil mudah nak buat ni banyak dah orang kongsikan.

Tapi yang penting, nak membezakan nikmat tak nikmatnya makan tauhu begedil ni ialah sambal kicap yang dicicahkan dengan tauhu begedil tu. Tak padu rasa sambal kicap, memang tak boleh go bila makan tauhu begedil ni.

Kali ni saya nak kongsikan resepi tauhu begedil mudah nak buat dan rahsia sambal kicap sedap dan pekat yang dikongsikan oleh Cikgu Afy Al Habibi ni.

Dah banyak resepi yang cikgu ni cuba, dan inilah resepi tauhu begedil yang paling sedap cikgu buat. Cara buat dah lah ringkas, isi tauhu pula rasanya gebu dan mantap dengan bahan daging yang banyak.

Bukan je tauhu begedil tu yang mantul, disediakan juga tips untuk dapatkan sambal kicap yang sedap untuk mencicah. Jom kita lihat penyediaannya.

 

RESEPI TAUHU BEGEDIL

Tauhu begedil ni untungnya boleh buat sekali banyak dan frozenkan. Bila teragak, boleh terus goreng je dan makan. Tak payah lagi ulang-ulang buat baru. Jadikan stok dalam peti sejuk je terus.

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan inti:

  • Kentang 8 biji yang direbus sampai empuk. Lepas tu lenyekkan.
  • Daging kisar brand Ramly 1 paket
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak masak
  • Daun sup dan daun bawang sikit sebagai hiasan (dihiris)
  • Bawang goreng 3 sudu besar

 

Bahan lain:
  • Tauhu
  • Telur 3 biji

Cara buat tauhu begedil:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. Masukkan daging, kemudian perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. Kacau sekata.

▶️ Dah masak tu angkat dan masukkan dalam 1 bekas.

▶️ Masukkan kentang yang dah dilenyekkan, hirisan daun bawang dan daun sup, dan juga bawang goreng.

▶️ Kemudian kacau sekata.

▶️ Seterusnya ambil tauhu dan gunting di bahagian tengahnya supaya jadi bentuk X.

▶️ Kemudian ambil sedikit inti daging tadi dan gumpal-gumpalkan menjadi bebola. Dan lepas tu masukkan ke dalam tauhu.

▶️ Dalam bekas lain, pecahkan tiga biji telur dan ketuk. Letakkan sikit garam dan sedikit lada sulah dalam telur ni.

▶️ Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.

▶️ Celupkan tauhu yang dah siap disumbatkan dengan inti daging ke dalam telur tadi.

▶️ Kemudian masuk dalam kuali. Buat satu persatu sehingga tauhu habis.

▶️ Pastikan minyak betul-betul panas dan gunakan api yang sederhana.

▶️ Balik-balikkan tauhu sebelum angkat.

▶️ Dah cantik masak dengan warnanya bertukar, boleh angkat dan tos minyaknya. Dah siap.

▶️ Sekarang sediakan sambal kicapnya pula.

 

Bahan-bahan untuk sambal kicap:
  • Cili hijau segenggam yang dah siap dipatah-patahkan
  • Bawang putih 6 ulas
  • Kicap lemak manis Jalen yang mencukupi sehingga tenggelam bahan lain
  • Kicap pekat Jalen 1 sudu
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara buat sambal kicap:

▶️ Tips nak sedap lagi sambal ni, gorengkan dulu cili padi dan bawang putih seketika. Bukan je sedap, malah sambal juga boleh tahan lama.

▶️ Kemudian masukkan cili padi dan bawang yang dah digoreng tadi dalam blender.

▶️ Masukkan juga kicap manis dan kicap pekat Jalen ke dalamnya. Dan kisar sehingga lumat.

▶️ Keluarkan dari blender dan masukkan dalam bekas. Taburkan sedikit garam dan gula secukup rasa.

▶️ Dah siap dan sedia untuk dihidangkan dengan tauhu begedil.

Senang je kan. Tauhu begedil ni kalau makan terus panas-panas lepas goreng tu lagi sedap dan menyelerakan.

 

BACA JUGA: Resepi Corndog Paling Simple Dan Senang Nak Buat! Confirm Anak-anak Suka!

 

Eloklah kalau dibuat banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk, sebab boleh jadi hidangan minum petang yang cepat untuk disediakan. Goreng je sekejap, kemudian makan dengan sambal kicap yang sedap lagi padu.

Tips sambal kicap ni memang boleh diguna pakai untuk makan dengan masakan apa sekali pun. Bukannya cicah dengan tauhu begedil je, nak makan dengan mee sup, soto dan apa-apa makanan memerlukan sambal kicap semua boleh. Confirm naik lagi selera.

Jangan lupa cuba resepi tauhu begedil dan sambal kicap ni. Semoga perkongsian ni bagi manfaat pada semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.