Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-CYHqjS.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-CYHqjS.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Mee Jawa Sedap. Kuah Pekat Dan Berasa. Confirm Hirup Kuah Sampai Licin!

0 2,288

Dalam banyak-banyak makanan, masakan mee ni antara juadah kegemaran orang ramai. Sebut je mee apa. Mee bandung, mee kari, mee rebus dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan semua ni ada peminatnya tersendiri. Salah satu hidangan mee yang paling digemari ialah mee jawa! Apa yang membuatkan resepi mee jawa sedap dan sangat digemari ialah disebabkan air rebusan daging dan keledek.

Itulah keistimewaan mee jawa ni. Kombinasi air rebusan daging dan keledek sangat sesuai dan amat sedap bila dijadikan sebagai kuah mee jawa. Kuahnya tu nanti akan jadi pekat dan berperisa. Bila dihidangkan dengan mee kuning yang lembut dan kurang pewarna dan kapur, lagi sedap dan membangkitkan selera. Iyalah, pemilihan mee kuning pun antara faktor penting dalam hidangan mee yang sedap.

Penyediaan mee jawa ni antara yang paling mudah, cuma agak mengambil masa yang lama. Terutama semasa proses merebus daging dan juga ketika penyediaan bahan sampingan yang akan dihidangkan bersama mee. Antaranya sayuran taugeh, sawi, fishcake, tauhu dan macam-macam lagi.

Kalau nak buat kuahnya perlu direbuskan keledek dan daging, dan seterusnya kisar bahan dan memasaknya. Walaupun agak lama di dapur, tapi berbaloi dengan keenakan mee jawa yang sesuai dijamah waktu sarapan pagi atau minum petang. Ada juga yang jadikan sebagai hidangan rumah terbuka.

Perkongsian mee jawa kali ni dari Maz Samad. Resepinya lengkap dengan penyediaan kuah sehingga bahan sampingan yang akan dihidangkan bersama dengan mee nanti.

 

RESEPI MEE JAWA

Mee jawa ni, bukan sahaja air daging tu yang berperanan sebagai perasa dia, dalam bahan-bahan asasnya juga ada udang kering, serbuk kari daging dan bahan lainnya sebagai penaik rasa.

Keledek tu pula berperanan sebagai agen pemekat kuah dan memberi rasa lemak. Jadi kena pandai bajet untuk sukatan kesemua bahan ni.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan untuk kuah:

  • Keledek ½ kilo yang siap direbus dan dikisar
  • Bawang merah 5 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Serai 3 batang
  • Halia sedikit
  • Lengkuas sedikit
  • Udang kering 100 gram
  • Cili kisar 2 sudu besar
  • Serbuk kari daging 3 sudu besar
  • Air rebusan daging secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

 

Cara buat kuah mee jawa:

▶️ Mula-mula kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia, lengkuas dan udang kering.

▶️ Panaskan minyak dalam periuk, kemudian masukkan kesemua bahan kisar. Tumis sehingga naik bau wangi.

▶️ Masukkan cili kisar dan serbuk kari. Kacau sehingga sebati dan naik minyak.

▶️ Seterusnya masukkan air rebusan daging dan juga keledek yang dah dikisar.

▶️ Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

▶️ Dah siap kuah mee jawa.

▶️ Sediakan pula bahan sampingannya.

 

Bahan-bahan lain:
  • Mee kuning 1 kilo dicelur
  • ½ kilo daging dah siap direbus dan dihiris
  • Fishcake 1 bungkus  dicelur dan dihiris nipis
  • Taugeh 300 gram dicelur sekejap
  • Tauhu 3 keping dihiris nipis
  • Daun sup dan daun bawang
  • Bawang goreng
  • Cili hijau / cili merah dihiris
  • Telur rebus

 

BACA JUGA: Cara Buat Lontong Sedap Versi Hari Raya. Sedap Sangat Hirup Kuah Sampai Licin.

 

Hidangkan bersama kuah mee jawa. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah mee dan susun bahan-bahan sampingan. Kalau makan mee ni sambil hirup kuah yang pekat dan berasa, cukup nikmat rasanya.

Kalau hujung-hujung minggu ni teringin nak makan hidangan mee yang sedap dan menyelerakan, bolehlah buat resepi mee jawa sedap dan super marvelous ni. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.