pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Bakso Sedap. Resepi Turun Temurun Orang Berniaga, Yang Wajib Cuba!

0 28,567

Bakso ni kelebihannya ialah kuah dan bebola daging. Bayangkanlah dapat hirup kuahnya yang sedap dan cukup rasa, confirm tak pandang kiri kanan dah. Makan pula dengan bihun dan sambal kicapnya. Fuh, hari-hari pekena bakso buat minum petang pun tak apa.

Bakso ni makanan asal dari Indonenia, tapi dah cukup terkenal dan jadi kegemaran rakyat Malaysia. Laku je kalau orang jual kat pasar malam sini. Bagi peminat tegar bakso ni sebenarnya boleh je buat bakso sendiri di rumah.

Kalau tengok kat mana-mana, memang banyak perkongsian resepi bakso. Lain orang lain cara dan versi membuatnya. Cuma kali ni saya nak kongsikan cara buat bakso sedap yang datangnya dari air tangan orang berniaga turun temurun selama 10 tahun.

Sampai sekarang masih banyak permintaan baksonya. Kalau tengok pada resepinya, bahan-bahan untuk buat bakso ni sebenarnya simple je. Kata orang tu bukanlah resepi rahsia. Namun, boleh dijadikan panduan bagi yang baru nak mula belajar buat bakso yang sedap.

Perkongsian resepi ni dari Norlila Idris, dan sukatan resepi yang diberikannya ialah untuk masakan 1 kilo tulang. Cuma gambar yang dikongsikan ialah untuk tempahan 120 orang makan. Jangan keliru ya.

 

RESEPI BAKSO TURUN TEMURUN

Hidangan bakso ni biasanya lengkap dengan bebola daging dan kuah sup tulang/lembu. Lepas tu makanlah dengan bihun, tauge, kobis, daun sup, bawang goreng dan sebagainya.

Bahan-bahannya:
  • Tulang lembu 1 kilo
  • Bebola daging 1 kilo
  • Bawang besar 5 biji
  • Bawang putih 1 labu
  • Lada putih 2 sudu besar (jenis yang biji, kemudian blender kering)
  • Halia 1 tapak tangan (diketuk)
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara masak bakso:

▶️ Mula-mula rebuskan tulang dahulu selama 1 jam lebih atau agak dah lembut. Tapi jangan terlampau lembut sangat sebab nanti akan direbus lagi dengan bahan tumisan dan bebola daging.

▶️ Masukkan sedikit garam semasa merebus tu.

▶️ Selepas tulang dah lembut, masukkan halia.

▶️ Selepas tu, dalam kuali lain, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dah siap dikisar. Masak ia sehingga garing.

▶️ Bila dah garing, masukkan lada putih dan terus tumis lagi.

▶️ Selepas kesemua bahan-bahan tumisan ni dah garing, masukkan ke dalam periuk rebusan tulang tadi.

▶️ Kemudian keluarkan siap-siap bebola daging dari plastik dia, dan cerai-ceraikan kalau ada yang melekat. Untuk resepi ni, beliau gunakan bebola daging Armiya kerana sedap.

▶️ Masukkan bebola daging ni juga ke dalam air rebusan tersebut. Dan kacau sehingga sebati.

▶️ Boleh rasa kuah anda. Masa ni adjust kuantiti air dan garam bagi secukup rasa.

▶️ Masak sehingga mendidih. Dan waktu ni akan naik bau semerbak dari kuah supnya.

▶️ Dah siap.

▶️ Kemudian kita masak sambal kicapnya pula. Untuk sambal kicap, ni boleh agak-agak kuantiti bahannya.

 

Bahan-bahan untuk sambal kicap:
  • Cili api
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Belacan sedikit
  • Kicap (kicap manis Jalen atau terpulang pada brand apa-apa pun)
  • Air limau kasturi
  • Sikit gula

Cara membuat sambal kicap:

▶️ Mula-mula panaskan minyak kat kuali. Kemudian goreng bawang-bawang, cili api dan belacan sehingga agak-agak layu kesemuanya.

▶️ Selepas tu kisarkan.

▶️ Masukkan dalam mangkuk dan letak air limau kasturi, kicap dan sedikit gula. Gaul sehingga sekata.

▶️ Dah siap sambal kicap.

 

BACA JUGA: Resepi Tomyam Goong Ori Ala Thai. Cukup Rasa Masam Manis, Pedas Dan Lemak Berkrim. Wajib Cuba!

 

Nanti suka hati nak hidangan makan sup bebola macam tu je ke atau hidangkan sekali bersama bihun, mee kuning atau kuey yeaw. Sayur-sayuran pun terpulang juga nak letak apa.

Janji jangan tinggalkan sambal kicap pedasnya. Kombinasi sup bebola daging dengan sambal kicap ni padu rasa dia. Memang rugi kalau skip!

Mudah je kan sebenarnya cara buat bakso sedap macam orang seberang tu. Nanti jangan lupa share resepi di Facebook anda ya, supaya nanti dapat manfaatnya bersama. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.