Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Lontong Sedap Versi Hari Raya. Sedap Sangat Hirup Kuah Sampai Licin.

0 4,426

Lontong ni salah satu juadah yang paling digemari terutama masa hari raya. Dulu tiap kali makan nasi himpit je, dah cukup rasa sedap bila makan dengan kuah kacang atau rendang kan. Tapi sekarang orang cari kuah lontong sebab lagi sedap bila makan dengan nasi himpit ni sebenarnya. Jom saya kongsikan cara buat lontong sedap macam hari raya.

Lepas ni boleh buat untuk makan sarapan pagi atau minum petang. Tak payah tunggu raya dah nak makan lontong ni. Masak masa hari minggu untuk keluarga, puas dapat menjamu selera. Nak lagi sedap, buat kuah pekat-pekat, lepas tu hidangkan dengan sambal tumis. Memang nikmat rasanya.

Lontong ni memang ada macam-macam resepi yang orang buat. Ada yang simple je, ada yang versi pedas. Macam-macam variasi ikut citarasa sendiri. Tapi asalkan bahan-bahan dalamnya seperti suun, kacang panjang, tauhu dan sebagainya kenalah lengkap baru sedap untuk dinikmati.

Santan pun kena cukup supaya kuah berasa dan tak terlalu cair. Kalau kuahnya cair dan kurang berlemak, tak sedap sangat makan dengan nasi himpit sebab nasi himpit dah rasa plain. Nanti tak puas makan apatah lagi nak hirup kuahnya.

Kalau anda nak tau cara buat lontong sedap macam hari raya, boleh tengok perkongsian dari Novelis Afieyza Isahak ni. Tak susah pun sebenarnya nak buat lontong ni. Buat seperiuk penuh untuk hidangan sekeluarga, dapat makan waktu pagi dan petang.

 

RESEPI LONTONG

Lontong ni sedap makan dengan nasi himpit dan sambal tumis ikan bilis. Sebelum buat kuah lontong ni, rebuskan siap-siap nasi himpit dan masak sambal tumis. Nanti boleh terus hidangkannya bersama dan makan panas-panas.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan:

  • Nasi himpit siap direbus

 

Bahan kisar:
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Serai
  • Lengkuas
  • Halia
  • Buah keras
  • Kunyit hidup
  • Udang kering
  • Ikan bilis

Bahan kuah:
  • Lobak merah
  • Kacang panjang
  • Tauhu (siap digoreng)
  • Udang
  • Fucuk (rendam sekejap)
  • Suun (dicuci)
  • Santan 1 kotak besar
  • Kiub ikan bilis
  • Asam keping
  • Perasa
  • Telur rebus
  • Sambal tumis ikan bilis atau kuah kacang

Cara masak lontong:

▶️ Kisarkan bahan-bahan kisar sehingga hancur.

▶️ Kemudian masukkan bahan kisar dalam periuk, dan tumis sehingga pecah minyak.

▶️ Masukkan air untuk kuahnya.

▶️ Seterusnya masukkan lobak merah, kacang panjang dan asam keping. Biarkan sehingga kuah mendidih.

▶️ Masukkan kiub ikan bilis, udang dan tauhu goreng yang dipotong dadu.

▶️ Masukkan santan dan kacau sekata. Kemudian masukkan fucuk serta bahan perasa. Biarkan sehingga mendidih.

▶️ Akhir sekali baru masukkan suun dan tutup api.

▶️ Boleh taburkan cili besar yang dah dihiris.

▶️ Dah siap. Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Sambal Pecal Atau Gado-Gado Resepi Turun Temurun. Pedas Dan Mengancam!

 

Potong nasi himpit siap-siap, dan hidangkan dengan kuah dan sambal tumis. Sedapnya kalau makan sambil hirup kuah lontong yang cukup rasa berlemak. Kuah lontong tu tak perlu pedas sebab sambal tumis yang berikan rasa pedas manis. Lagi sedap dimakan bersama.

Lepas ni teragak lontong je boleh ikut cara buat lontong sedap versi hari raya ni. Bahan simple dan buatnya pun mudah je. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.