pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Nasi Arab Sedap. Dengan Hidangan Ayam Bakar, Sup Dan Sambal Yang Merecik!

0 12,496

Nasi arab ni sejenis nasi beperisa yang ada peminatnya tersendiri. Menggila makan kat kedai kalau jumpa kedai nasi arab yang sedap. Tapi nasi arab ni selalunya mahal sikit berbanding nasi berperisa lain. Apa kata kali ni cuba resepi nasi arab sedap ni.

Mana tau, bila buat menjadi dan kena dengan selera anda, tak payah lagi makan kat kedai. Sebab nasi arab ni memang ada resepi yang berbeza mengikut lain-lain tempat.

Resepi nasi arab ni dari pengkongsian Che Atie. Kalau lihat hidangan nasi, lauk ayam bakar, sup dan sambalnya, boleh buatkan kita telan air liur. Sangat berselera bila lihat hasil nasinya yang cantik macam kat restoran nasi arab.

Tengok bahan-bahan rempah yang digunakan untuk nasi dah boleh bayangkan dah macam mana rasanya. Ayam juga diperap dengan bahan perapan istimewa.

Dalam resepi ni, rempah nasi arab akan dimasukkan ke dalam nasi dan juga perapan ayam. Kemudian ayam tu dibakar. Memang naik aroma wangi nasi arab tu. Rugi kalau tak cuba. Jom lihat resepinya.

 

RESEPI NASI ARAB SEDAP

Nasi berperisa ni, sedap dimasak dengan beras basmati lagi-lagi kalau buat nasi arab ni. Hidangan juga akan lebih cantik dengan nasi yang kembang dan sebutir-sebutir.

Untuk resepi ni, anda boleh agak-agak kauntiti bahannya mengikut berapa banyak beras/nasi yang anda masak.

Bahan yang diperlukan:

Bahan nasi:

  • Beras basmati (direndam dulu ½ jam sebelum masak)
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • 4 sekawan
  • Daun salam

  • Minyak sapi dan sedikit minyak masak juga
  • Rempah nasi arab
  • Kismis dan gajus setengah cawan (untuk  bahan sampingan nasi)
  • Sedikit pewarna kuning/saffron

Bahan rebusan ayam/sup:
  • Ayam potong 4
  • Ketumbar 1 sudu kecil
  • Jintan manis 1 sudu kecil
  • Lada hitam 1 sudu kecil

  • Tomato dibelah 4
  • Bawang besar dibelah 4 juga
  • Cili merah atau cili hijau dipotong 2
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa

Bahan perapan ayam:
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil rempah nasi arab
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam masala
  • Garam secukup rasa

Cara masak nasi arab:

▶️ Mula-mula basuh dan rendamkan dulu beras basmati selama ½ jam. Lepas dah rendam, toskan.

▶️ Kemudian buat rebusan ayam atau sup.

▶️ Panaskan periuk atas api, dan masukkan kesemua bahan rebusan ayam.

▶️ Biarkan ayam direbus sebati dengan bahan-bahan tu.

▶️ Kemudian terus masak nasinya.

▶️ Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk nasi atas dapur, dan masukkan bahan tumis iaitu bawang besar, bawang putih, halia, 4 sekawan dan daun salam.

▶️ Tumis sehingga naik bau, dan masukkan gajus dan kismis. Kacau sekata.

▶️ Kemudian masukkan rempah nasi arab (jadikan pes dengan cara bancuhkan dengan sikit air).

▶️ Selepas naik bau dan pecah minyak tumisan tu, bolehlah masukkan beras.

▶️ Dalam pada tu, rebusan ayam pun dah siap. Jadi, keluarkan ayam dari sup rebusan tu.

▶️ Selepas dah masukkan beras dalam periuk, ambil air rebusan ayam tadi dan masukkan ke dalam periuk ikut paras air untuk beras basmati. Ukuran dia ikut kuantiti beras anda.

▶️ Masak dalam periuk nasi elektrik.

▶️ Selepas nasi dah masak dan kering, percikkan pewarna kuning atau saffron di atas nasi yang dah masak.

▶️ Gaul sekata, dan dah siap nasi arabnya.

▶️ Sekarang sedia untuk perapan ayam pula.

▶️ Dalam mangkuk besar, masukkan ayam dan semua bahan perapan ayam yang disenaraikan tadi.

▶️ Kemudian gaul sekata dan perap ayam tu.

▶️ Selepas dah perap, boleh masukkan ayam dalam air fryer dan bakar pada suhu 180c dalam masa 10-15 minit.

Dah siap ayam, sekarang sediakan sambalnya pula.

 

Bahan untuk sambal nasi arab:
  • 2 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • Tomato 2 biji
  • Daun ketumbar atau daun sup
  • Air lemon
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Tomato dipotong dadu
  • Bawang besar dipotong dadu

Cara buat sambal nasi arab:

▶️ Kisar cili merah, cili padi, tomato 2 biji, dan daun ketumbar/sup.

▶️ Selepas dah kisar, masukkan dalam mangkuk. Kemudian masukkan tomato dan bawang besar yang dah dipotong dadu.

▶️ Masukkan garam, gula dan perahan air lemon.

▶️ Kacau sehingga sebati.

▶️ Dah siap sambalnya.

 

Selepas tu, buat juga hidangan salad salatoh, barulah lengkap hidangan nasi arab.

Bahan salad salatoh:
  • Tomato potong dadu
  • Timun potong dadu
  • Lobak merah potong mancis
  • Daun ketumbar
  • Garam dan gula
  • Air lemon

Cara sediakan salad salatoh:

▶️ Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk, dan perahkan air lemon.

▶️ Kemudian gaul sebati. Dah siap.

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Kak Wok Sedap Dengan Ayam Goreng, Gulai Dan Sambal Belacannya Yang Padu!

 

Hidangkan dengan nasi, ayam bakar, sup dan sambal! Fuhh, sedap sangat dibuat sebagai juadah istimewa hujung minggu.

Lengkap semua lauknya macam kat restoran arab. Memang jimat besar kalau masak sendiri nasi arab ni. Boleh masak sekali banyak dan makan bersama keluarga. Barulah puas kan. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.