pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Sambal Tempoyak Jering Ikan Bilis. Selera Kampung Yang Paling Legend. Sedap Dan Mudah Je!

0 2,782

Siapa kat sini suka tempoyak? Tempoyak ni antara makanan kampung yang paling legend. Kalau sebut je tempoyak, mulalah terbayang sambal tempoyak ikan bilis, tempoyak daun petai, atau paling simple pun sambal tempoyak mentah. Selain menu ni, ada satu lagi menu kampung berasas tempoyak yang popular iaitu resepi sambal tempoyak jering ikan bilis.

Bagi penggemar jering ni tahulah macam mana nikmat makan jering semasa dibuat ulam. Tapi kali ni dimasak tempoyak. Terasa berganda nikmatnya. Resepi sambal tempoyak jering ni menggunakan cili api. Kalau lihat kuah sambalnya yang kuning menghijau, buatkan kita kecur air liur dengan rasanya yang pedas mengancam.

Kalau makan dengan nasi panas-panas, siap boleh bertambah-tambah dibuatnya. Bila dah nama masak sambal tempoyak dengan cili api ni, tak sah kalau tak ada daun kunyit. Daun kunyit inilah yang menambahkan aroma sedap dan wangi dalam masakan tempoyak ni.

Untuk resepi istimewa ni, jom kita cuba dari perkongsian resepi Saji Che Mid ni. Resepinya mudah je, seakan-akan masakan lemak cili api yang ringkas dan amat menyelerakan. Cili apinya tu pula ditumbuk halus bersama dengan kunyit hidup. Jadi, memang padu kepedasannya.

Campur dengan ikan bilis ni dah jadi wajib setiap kali masak tempoyak, sebab ikan bilis tu penambah rasa yang paling sedap dan digemari. Jom lihat cara memasaknya.

 

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK JERING IKAN BILIS

Untuk resepi ni kita gunakan 30-40 tangkai cili api untuk masakan 1 cawan tempoyak. Boleh agak-agak tahap kepedasan cili dengan berapa banyak tempoyak yang anda akan masak supaya berpadanan. Sebab takut terlebih pedas atau tak rasa sangat kepedasannya.

Bahan-bahan yang digunakan:
  • Jering 10 biji yang dibuang kulit
  • Cili api 30 ke 40 tangkai (ikut tahap kepedasan yang anda mahu)
  • Kunyit hidup 3cm
  • Tempoyak 1 cawan
  • Daun kunyit 1 helai yang dihiris halus
  • Kelapa 1 biji (untuk dapatkan santan segar. Ambil dalam 3 cawan)
  • Ikan bilis 100 gram
  • Garam, gula dan aji secukup rasa

Cara masak sambal tempoyak jering ikan bilis:

▶️ Mula-mula kupas kulit jering. Kemudian potong belah 2.

▶️ Rebuskan jering sehingga empuk. Kemudian angkat dan titikkan.

▶️ Tumbuk halus cili api dan kunyit hidup.

▶️ Masukkan bahan tumbuk ni dalam periuk bersama dengan santan, ikan bilis dan tempoyak.

▶️ Kemudian jerangkan atas dapur dengan api yang sederhana. Kacau sehingga sebati.

▶️ Seterusnya bila tengah mendidih, masukkan jering. Kacau sekata.

▶️ Perasakan dengan garam, gula dan aji secukup rasa. Kacau sekata.

▶️ Dan akhir sekali masukkan daun kunyit yang dah siap dihiris.

▶️ Dah masak je, boleh padamkan api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Kulit Lembu Masak Lemak Cili Api. Masakan Kampung Sedap Terangkat!

 

Kalau hidang dengan nasi panas memang membangkitkan selera. Sambal tempoyak jering ikan bilis ni ada aroma tempoyak, jering dan daun kunyit yang memberikan pelbagai rasa. Itu yang buatkan sedap bila digaulkan dengan nasi.

Lepas ni kalau jumpa tempoyak dan jering kat pasar tu, cepat-cepatlah grab, dan buat menu kampung yang istimewa ni untuk hidangan keluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.