https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Nasi Hujan Panas, Makan Dengan Ayam Masak Merah Kenduri. Mudah Je Resepinya.

0 22,426

Buat anda yang pening kepala nak masak masakan istimewa apa hujung minggu ni. Boleh buat nasi hujan panas dan ayam masak merah kenduri. Mengundang betul kalau dapat makan hidangan ni. Membuatkan kita makan sampai bertambah.

Rupanya cara buat nasi hujan panas ni sama je macam buat nasi berperisa lain, cuma letakkan 3 pewarna untuk hasil warna warni tu. Berseri kalau tengok dari jauh. Tambah pula lengkap dengan lauk ayam masak merah kenduri dan acar timun.

Ayam masak merah kenduri yang dikongsikan oleh Raja Amanina ni nampak menarik sikit sebab merah menyala warnanya. Tak dinafikan lauk ayam ni menaikkan lagi selera bila makan dengan apa sahaja hidangan nasi berperisa.

Bahan tumisan, aroma rempah dan bahan lain yang cukup berikan rasa masam, manis, pedas akan menjadikan ayam masak merah tu sedap. Kalau kurang, memang tak lengkaplah rasanya.

Cuba anda ikut resepi ni. Tengok bahan pun tahu masakan nasi hujan panas dan ayam masak merahnya serba serbi lengkap dan sempurna. Nak sediakan bahan pun mudah je.

 

RESEPI NASI HUJAN PANAS DAN AYAM MASAK MERAH

Tak kiralah nasi berperisa apa pun, nak dapatkan hasil nasi yang sedap dan wangi, kenalah betul-betul tumis bahan-bahannya terutama rempah sampai naik bau wangi. Barulah masukkan beras dan air. Tumis sekali serai dan daun pandan, bertambah naik aromanya.

Bahan-bahan nasi hujan panas:
  • Beras (tak kisah Basmathi atau beras biasa) – cuci dan toskan
  • Air (ikut sukatan beras)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 3 sudu makan butter atau marjerin
  • 1 cawan susu cair
  • 4 sekawan (kayu manis, cengkih, lawang, pelaga)
  • Daun pandan
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Secubit garam
  • Pewarna hijau, kuning dan merah

Cara masak nasi hujan panas:

▶️ Mula-mula panaskan periuk nasi atas dapur dan masukkan butter atau marjerin.

▶️ Setelah marjerin dah cair, masukkan bahan kisar, 4 sekawan, serai dan daun pandan. Tumis sampai naik bau wangi.

▶️ Masukkan beras dan susu cair.

▶️ Masukkan garam dan air (pastikan air +  susu cair menjadi sukatan beras anda). Kacau sebati.

▶️ Masukkan periuk nasi ke dalam periuk elektrik dan masak nasi seperti biasa.

▶️ Bila nasi dah mula kering sikit, titikkan pewarna pada 3 tempat yang berlainan. Kemudian tutup periuk semula.

▶️ Biarkan seketika, lepas tu dah boleh gemburkan nasi. Gunakan garfu je.

Bahan-bahan ayam masak merah kenduri:
  • 10-12 ketul ayam (lumurkan kunyit garam dan goreng separuh masak)
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 5 ulas bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 genggam cili kering (rebus dan kisar hingga halus)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun limau purut
  • 3 biji tomato
  • 3 sudu makan sos cili
  • 4 sekawan (kayu manis, cengkih, lawang dan pelaga)
  • Asam keping
  • Gula garam secukup rasa

Cara buat ayam masak merah kenduri:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Masukkan bawang, halia kisar, serai dan 4 sekawan dan tumis sehingga naik bau wangi.

▶️ Masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak.

▶️ Kemudian masukkan tomato, sos cili dan daun limau purut.

▶️ Tambahkan sedikit garam dan juga asam keping.

▶️ Lepas tu masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

▶️ Masak hingga pecah minyak.

▶️ Akhir sekali masukkan hirisan bawang dan garam gula secukup rasa.

Bahan-bahan acar timun:
  • 2 biji timun
  • Sedikit kobis (dihiris)
  • Cili padi (dihiris)
  • Lobak merah (dihiris)
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • Sedikit pewarna kuning (optional)
  • 1 senduk kecil cuka
  • Gula
  • Garam
  • Sedikit air
Cara buat acar timun:

▶️ Satukan kesemua bahan dalam 1 mangkuk dan gaul sebati.

▶️ Perasakan garam dan gula secukupnya.

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Daging Utara Sedap Wangi, Makan Dengan Air Asam Kerisik Serius Padu Rasanya!

 

Dah siap hidangan lengkap nasi hujan panas, ayam masak merah dan acar timun. Nak sedap lagi hidangkanlah dengan keropok nasi. Sedap sikit makan sambil krup krap.

Kat kenduri memang jarang jumpa orang masak nasi hujan panas ni kan. Selalunya nasi briyani dan nasi minyak je. Kalau nak merasa masak sendiri di rumah je la.

Nasi hujan panas dan ayam masak merah kenduri ni kombinasi yang terbaik. Kalau anda nak makan dengan masakan lain seperti kurma ayam atau lauk daging pun boleh. Ikutlah selera anda. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.