Dah macam-macam cara kita buat perapan ayam. Kalau buat biasa-biasa dan simple je pun dah sedap, bayangkan perapan ayam tu ada pelbagai rempah, madu dan sos perasa. Resepi ayam bbq madu berempah ni memang padu kalau kita buat hidangan makan besar bersama keluarga.
Buat sekali banyak memang tak rugi. Sebab dah alang-alang buat perapan letops macam ni, baik buat banyak terus dan bagi makan keluarga besar atau jiran tetangga. Resepi ni dikongsikan oleh Cikgu Afy Al Habibi.
Bukan biasa-biasa resepinya. Hasil ayam bakar tu akan penuh berperisa dan warnanya pun cantik menggoda. Kalau berkumpul kat kampung atau buat family day, memang sesuai sangat ikut resepi ni.
Kena bersedialah dengan bahan yang banyak. Kalau jimat bahan, tak menjadi tips perapan ayam sedap macam ni.
Bila dah siap bakar, boleh makan macam tu je. Itu pun dah cukup sedap. Tambahan pula lagi kalau cicah dengan segala bagai sos kegemaran anda. Confirm makan sampai licin.
RESEPI AYAM BBQ MADU BEREMPAH
Resepi ni untuk anggaran perapan 4 ekor ayam, iaitu sukatan yang sesuai untuk buat hidangan besar. Namun, kalau anda nak buat sikit je untuk makan keluarga kecil, boleh kecilkan portion bahan ikut kesesuaian.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 4 ekor ayam yang dah siap dibersihkan dan dipotong kecil
Bahan kisar utama:
- Serai 8 batang
- Bawang besar holland 3 biji
- Bawang merah Bombay 2 biji
- Bawang putih 1 labu
- Halia 2 inci
Bahan kisar kering (kisar asing dengan bahan kisar di atas):
- Cili kering besar 14 tangkai (kalau jenis cili pedas, boleh kurangkan sikit). Cili ni dibuang biji dan direbus dahulu.
Bahan rempah kisar:
- Biji ketumbar 3 sudu besar
- Jintan putih 3 sudu besar
- Jintan manis 1 sudu besar
- Mixed herbs ½ sudu besar
Bahan tambahan dalam perapan:
- Gula pasir ½ kg
- Madu 1 senduk
- Garam halus 3 sudu besar
- Perencah hilal 1 sudu besar
- Kicap lemak manis 2 senduk
- Sos tiram 2 sudu besar
- Sos cili 1 senduk
- Pewarna merah terang 2 ½ sudu besar
Cara menyediakan ayam bbq madu berempah:
▶️ Mula-mula, selepas je ayam dibasuh dan dipotong kecil, kelar dulu dan cucuk dengan garfu pada setiap ketul ayam. Ketepikan.
▶️ Kemudian kisar bahan kisar utama sampai lumat. Masukkan sikit je air dalam blender.
▶️ Selepas kisar tu, masukkan bahan rempah kisar pula. Dan kisar sekali lagi seketika. Ketepikan dulu.
▶️ Dah habis kisar kedua-dua jenis bahan di atas, kisar asing cili kering pula. Kisar sehingga hancur lumat.
▶️ Seterusnya, dalam besen besar, masukkan ayam dan bahan kisar tadi.
▶️ Kemudian, masukkan segala bahan perapan tambahan yang lain.
▶️ Lepas tu masukkan pewarna merah di dalamnya.
▶️ Kacau sehingga sekata. Ini hasil pes perapannya.
▶️ Sebelum masukkan ayam dalam pes perapan, ambil dalam 2 senduk dulu pes perapan ni untuk disapukan nanti semasa membakar ayam.
▶️ Selepas tu masukkan ayam dan gaulkan sekata.
▶️ Buat perapan ni lebih kurang 7 hingga 8 jam. Kalau nak bakar waktu malam, buatlah perapan ni waktu pagi atau tengah hari.
▶️ Selepas tu, bolehlah bakar dengan bara api yang mengancam. Balik-balikkan ayam tu supaya masak sekata.
▶️ Semasa membakar, jangan lupa sapukan dengan bahan sapuan yang sesuai.
Lihat sini cara membuat bahan sapuan:
▶️ 3 sudu planta dimasukkan ke dalam bekas, kemudian masukkan 2 senduk pes perapan yang dah diasingkan tadi.
▶️ Dan dalamnya tambahkan lagi gula 2 senduk dan garam ½ sudu kecil. Kacau hingga sekata.
▶️ Sediakan juga serai yang siap diketuk untuk disapukan pada ayam.
▶️ Dah siap ayam bbq madu berempah!
Sedap betul menu ni kalau dibuat sebagai hidangan utama hari keluarga. Bila dihidangkan dengan warna cantik menggoda macam ni, boleh membangkitkan selera.
BACA JUGA: Nak Buat Ayam Goren Sedap KFC, Ikut Step Dan Bahan Ni. Sedap Dan Rasa Juicy!
Untuk bahan perapan tu sebenarnya boleh adjust kuantitinya ikut selera masing-masing. Yang penting, rasa ayam tu perlu manis sebab namanya pun ayam bbq madu.
Nanti hidangkanlah dengan sos cili. Tak kisahlah sos cili biasa atau sos cili Thai. Kalau nak makan dengan thousand island pun boleh juga.
Jangan lupa mencuba resepi ayam bbq madu berempah ni. Share kan lah resepi ni di wall Fb anda, supaya nanti mudah untuk anda cari semula. Selamat mencuba!