Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kuey Teow Kungfu Sedap Terangkat. Mudah Je Dan Paling Jimat.

0 824

Teringin nak buat sendiri kuey teow Kungfu macam kat kedai tu. Makan panas-panas kuah pekatnya tu cukup sedap. Kat kedai makan pun kadang-kadang sayur atau seafood kurang. Kuah pula tak cukup pedas macam kita nak. Apa kata try sendiri resepi kuey teow Kungfu sedap terangkat ni.

Rupanya senang je nak buat. Hanya lebur-leburkan je semua bahan. Paling best bila dapat masukkan bahan apa yang kita suka. Kuey teow Kungfu ni lazimnya dibuat pekat, cuma terpulanglah tahap pekat macam mana yang anda nak.

Resepi yang padu ni dikongsikan oleh Suzana Othman. Tengok senarai bahan pun dah boleh agak kesedapannya. Boleh terasa kat tekak dah.

Kalau buat kuey teow Kungfu ni tak sah kalau tak banyak sayuran dan binatangnya. Tak pernah lagilah lihat kuah kuey teow Kungfu yang plain tak ada warna warni bahan.

Kadang-kadang bahan sayuran dan seafood / ayam inilah yang bantu menaikkan lagi rasa kuah sebab bahan-bahan ni ada juga rasa manis dan lemaknya.

 

RESEPI KUEY TEOW KUNGFU

Bahan yang memekatkan kuah kuey teow Kungfu ni ialah bancuhan tepung jagung. Anda boleh agak-agak berapa banyak nak masukkan dalam kuah ikut tahap kepekatan yang anda suka.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 bungkus kuey teow 450 gram (bilas sikit dan toskan)
  • 2 keping dada ayam (potong kecil-kecil)
  • 1 mangkuk udang
  • 2 keping fish cake (hiris nipis)
  • 2 pokok sawi pakchoy
  • ½ biji lobak merah (dihiris)
  • Bunga kobis (dipotong)
  • Baby corn (dihiris)
  • 5 biji telur
  • 5 ulas bawang putih (diketuk)
  • 5 tangkai cili siam (diketuk)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Lada sulah
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 3 sudu besar tepung jagung (bancuhkan dengan sedikit air)
  • Minyak masak

Cara buat kuey teow Kungfu:

▶️ Mula-mula kena buat dulu kuey teow salut telur.

▶️ Caranya, pecahkan 4 biji telur dan taburkan sikit lada sulah. Pukul sampai kembang.

▶️ Lepas tu masukkan kuey teow dan gaul sebati.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, masukkan sikit portion kuey teow tadi untuk 1 orang makan.

▶️ Kemudian goreng macam goreng telur dadar sampai masak kekuningan. Jangan balikkan kuey teow selagi telur tak garing sebab nanti akan pecah.

▶️ Lepas tu angkat dan toskan.

▶️ Lakukan proses sama sebanyak 4 kali.

▶️ Dalam periuk lain, panaskan sikit minyak.

▶️ Kemudian tumis bawang putih sehingga garing.

▶️ Masukkan air 1 liter.

▶️ Masukkan pula isi ayam dan fish cake.

▶️ Kemudian masukkan sayuran kecuali pakchoy. Sebab pakchoy tu mudah layu.

▶️ Kacau sehingga sebati, kemudian masukkan sos tiram 3 sudu.

▶️ Masukkan sos ikan. Apa-apa jenama pun boleh, janji halal.

▶️ Perasakan dengan 1 ketul kiub ayam atau pun 1 sudu kecil serbuk pati ayam.

▶️ Perasakan sekali dengan serbuk lada sulah.

▶️ Lepas dah mendidih, masukkan udang.

▶️ Masukkan juga sawi pakchoy.

▶️ Jangan lupa garam.

▶️ Nak cantikkan lagi kuah, pecahkan sebiji telur dalam mangkuk lain dan ketuk sebati. Lepas tu masukkan dalam kuah dan kacau sebati.

▶️ Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

▶️ Masak sampai kuah memekat.

▶️ Nak hiasan dan bagi sikit pedas, masukkan cili padi yang diketuk.

▶️ Dah siap padamkan api.

▶️ Curahkan atas kuey teow salut telur yang telah digoreng tadi.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Mee Kicap Sedap Terangkat. Simple Je Bahan. Lagi Padu Bila Ada Ayam Goreng Perap.

 

Bila amati balik resepi ni, terasa berbaloinya kalau buat sendiri. Boleh hidangkan pada berapa banyak ahli keluarga untuk 1 kuali sekali masak.

Nak kurang atau lebih bahan terpulang pada selera masing-masing. Yang penting sedap, malah lebih sedap dari kedai.

Nanti waktu makan malam kalau muak makan nasi je, bolehlah cuba resepi kuey teow Kungfu ni pula. Tak payah lagi makan di kedai. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.