pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kuey Teow Th’ng Penang Style. Rahsia Kuah Sup Sedap Dan Wangi, Hirup Sampai Licin!

0 24,501

Orang-orang penang mesti dah biasa makan kuey teow th’ng ni kan. Bagi yang tak biasa makan, kuey teow th’ng ni ialah hidangan mee cina yang tediri daripada kuey teow dan juga kuah sup yang amat terkenal di Penang. Memang kalau lihat, seakan-akan macam hidangan mee/kuey teow sup biasa.

Tapi sebenarnya kuey teow th’ng ni lebih simple dan tak kaya dengan rempah yang pelbagai. Kuey teow th’ng ni sangat sinonim di negeri Pulau Pinang dan paling terkenal di daerah Georgtown. Kalau pergi bercuti di Penang memang merata-rata nampak orang jual hidangan ni.

Sekali rasa, pasti kena dengan tekak anda sebab walaupun tak ada rempah atau sup bunjut sekali pun, kuah supnya wangi. Tambah lagi hidangannya juga dilengkapi dengan sambal pedas. Jadi tak akan cepat muaklah bagi mereka yang sukakan hidangan pedas.

Agak menarik perkongsian resepi dari Azlia Shakiela ni sebab ada banyak tips dan rahsia untuk dapatkan sup kuey teow th’ng yang sedap dan padu.

Walaupun simple je supnya, tapi ada juga bahan sampingan lain seperti ayam rebus. Dan boleh juga sediakan apa-apa sahaja bahan tambahan lain yang anda suka seperti bebola ikan, isi ketam dan sebagainya.

 

RESEPI KUEY TEOW TH’NG PENANG STYLE

Kebanyakan orang kata kalau makan sup th’ng ni terasa lebih segar dan panaskan badan sampai boleh membuang angin dari badan. Sebab hidangannya kaya dengan serai, bawang putih dan halia. Mungkin sebab tu amat digemari oleh masyarakat cina.

Dalam hidangan ni juga ada bawang putih goreng rangup yang akan ditaburkan dalam mangkuk bila nak dihidangkan. Selain tu akan dimasukkan juga dalam kuah sup untuk wangikannya lagi.

Bahan-bahan sup:
  • Sengkuang 1 biji (saiz paling kecil). Cara potongnya nipis-nipis tapi lebar. Lebih sedap dan rasa manis nanti bila masak dalam kuah.
  • Halia 1 inci (diketuk)
  • Serai 2 batang (diketuk)
  • Lada putih 2 sudu besar
  • Ayam (ikut suka nak banyak mana). Lepas rebus, boleh keluarkan dari sup dan carikkan halus-halus untuk jadikan lauk sampingan
  • Kiub ayam 2 ketul
  • Gula batu saiz besar 3-5 ketul (untuk jernihkan dan maniskan sup)
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Cara masak sup:

▶️ Satukan kesemua bahan dalam periuk bersama dengan kuantiti air yang mencukupi. Ikut nak banyak mana kuah.

▶️ Rebus sampai sebati dan kuahnya sedap dan wangi.

Tips untuk sup:

▶️ Apa yang penting anda perlu tahu ialah, kuah sup kuey teow th’ng ni rasanya lebih kepada manis berbanding masin. Jadi, rasanya nanti anda boleh adjust mana yang lebih atau kurang.

▶️ Dalam kuah tak perlu masukkan ajinomoto sebab boleh hilangkan manis sup.

▶️ Sebabkan ini ialah hidangan mee Chinese style, jadi tak perlu masukkan sup bunjut atau daun sup. Rasanya lebih neutral.

▶️ Rasa rempah-rempah pun tak ada sebab ianya boleh melarikan rasa dan konsep hidangan ni.

▶️ Kalau anda gunakan gula batu kecil, boleh letakkan sepaket. Sebab rasa manisnya light-light je berbanding gula putih.

Bahan-bahan cabai merah:
  • Cili kering
  • 1 kiub ikan bilis
  • Gula
  • Garam
Cara buat cabai merah:

▶️ Kisar cili kering, kemudian masak atas api sampai masak.

▶️ Masukkan kiub ikan bilis dan gaul sebati.

▶️ Akhir sekali perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

▶️ Rasa untuk cabai merah ni pun perlu lebihkan rasa manis.

▶️ Dah siap.

Bahan-bahan cabai hitam:
  • Cili padi 30-40 biji
  • 2 biji bawang putih
  • Gula secukupnya
Cara buat cabai hitam:

▶️ Kisar cili padi dan juga bawang putih.

▶️ Masak atas api dan letakkan gula ikut rasa.

▶️ Garam tak perlu letak sebab cabai hitam ni lebih kepada rasa manis-manis pedas juga.

▶️ Kalau rasa tak nak buat cabai hitam pun tak apa. Tapi cabai merah perlu ada.

Cara penyediaan bawang putih goreng rangup:

▶️ Sediakan berapa banyak bawang putih anda suka. Kemudian tumbuk. Tak perlu tumbuk sampai halus. Kalau ada chopper lebih mudah.

▶️ Gorengkan bawang putih dalam minyak yang banyak. Perlu sentiasa kacau untuk elakkan bawang hangus. Kalau hangus nanti rasanya pahit.

▶️ Goreng sampai kuning keemasan, kemudian angkat.

▶️ Ambil sikit bawang goreng ni dengan minyak sikit, kemudian taburkan atas sup yang dah siap dibuat tadi. Bau sup akan harum semerbak nanti.

▶️ Dah siap, sedia dihidangkan dengan bahan sampingan yang lain juga.

Bahan-bahan sampingan:
  • Taugeh
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Isi ketam

*Bahan sampingan ni semua celurkan dalam air yang panas sahaja. Kalau nak goreng pun boleh ikut citarasa masing-masing.

 

BACA JUGA: Cara Masak Mee Kari Sedap, Lain Dari Resepi Biasa. Kuahnya Dijamin Padu!

 

Kuey teow th’ng ni walaupun nampak simple tapi kecur liur juga kalau melihatnya. Bila dah terbau kuah sup yang wangi, memang tak sabar nak hirup. Lagi-lagi kalau hidangkan waktu panas-panas.

Rasa dan haruman bahan-bahan wangi dalam kuah sesuai untuk hidangan semua lapisan umur, dan juga pada yang sihat atau sakit. Sebab sup ni kalau makan memang terasa segar dan enak di tekak.

Kalau anda dah lama tak makan mee berkuah, bolehlah cuba resepi kuey teow th’ng penang style ni. Pasti anda menyukainya. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.