Segalanya Tentang Makan..

Resepi Laksa Penang, Sedap Pekat Melikat Dengan Bahan Tambahan Yang Menaikkan Rasa.

0 1,645

Bermacam jenis resepi laksa yang ada di Malaysia ni mengikut negeri. Salah satu yang menjadi kegemaran ialah resepi laksa penang. Secara umumnya laksa ni nak ikutkan lebih kurang sama je. Sejenis mee berkuah yang berasaskan ikan.

Tapi lain kawasan lain cara masak dan air tangan. Ramuannya juga ada perbezaan. Tak rugi kalau cuba semua jenis resepi untuk kepelbagaian rasa. Laksa Penang ni ada keistimewaannya. Warna kuahnya yang pekat dan coklat kemerahan membangkitkan selera.

Jenis ikan yang digunakan untuk buat laksa ni tak ada yang spesifik. Ikut selera individu sebenarnya nak gunakan ikan yang kena dengan selera. Selalunya ikan selayang menjadi pilihan sebab ikan ni sedap dengan rasa manisnya bila dijadikan kuah laksa.

Selain tu ikan sardin juga salah satu ikan yang sering dibuat kuah laksa sebab sardin ni ada rasanya yang tersendiri. Tak kira apa pun jenis ikan, yang penting ramuan bahan yang digunakan untuk menaikkan lagi rasa kuah.

Antara resepi laksa penang yang sedap anda boleh buat ialah resepi dari Muhamad Muktamin ni. Ramai yang suka bila kuah laksa ada rasa masam-masam dan cukup berasa.

 

RESEPI LAKSA PENANG

Kelainannya pada resepi ni ialah campuran pes otak udang yang tak semua orang masukkan dalam masakan kuah laksa mereka. Bila masukkan pes ni, rasa kuah lebih pekat dan ada rasanya yang tersendiri.

Bahan-bahan:
  • 10 ekor ikan sardin (rebus dulu. Kemudian asingkan separuh untuk kisar dan selebihnya diketepikan)
  • 1.5 liter air untuk merebus ikan sardin
  • 1 tin kecil ikan sardin/mackerel (ambil isi je)
  • Cili kering kisar 1 senduk (atau ikut kepedasan masing-masing)
  • Cili merah 5 biji (kisar)
  • Bawang besar 2 biji (kisar)
  • Lengkuas 1 inci (hiris)
  • Belacan 2 inci
  • Serai 1 batang

  • Bawang merah 8 biji
  • Daun kesum/daun laksa 1 ikat atau lebih
  • Asam keping 3 atau 4 keping (untuk rebus ikan dan juga kuah laksa)
  • Air asam jawa ½ cawan
  • Minyak untuk menumis 1 senduk
  • Garam secukup rasa
  • Pes otak udang

Cara masak kuah laksa:

▶️ Rebus ikan sardin dengan 1.5 liter air bersama dengan 1 atau 2 asam keping.

▶️ Panaskan minyak dalam periuk. Kemudian tumis kesemua bahan kisar (kecuali isi ikan) sampai naik bau dan naik minyak.

▶️ Masukkan air rebusan ikan, belacan, daun kesum, serai yang diketuk, asam keping dan air asam jawa.

▶️ Renehkan kuah atau biarkan masak dalam 40 minit ke 1 jam atau sehingga kuah pekat.

▶️ Masukkan isi ikan, ikan sardin dan paste otak udang. Kacau sebati kesemua bahan.

▶️ Masak sekejap sehingga tahap kepekatan kuah yang anda inginkan.

▶️ Dah siap boleh padamkan api.

▶️ Sedia dihidangkan dengan mee laksa dan bahan tambahan yang lain.

Bahan lain/sayuran:
  • 1 paket laksa
  • Telur rebus
  • Daun salad atau daun selom
  • Timun
  • Daun pudina
  • Cili merah dan cili padi
  • Nenas
  • Limau kasturi
  • Paste otak udang

 

BACA JUGA: Resepi Laksa Lemak Nyonya Melaka, Kuah Pekat Cukup Berperisa. Kali Ni Bukan Bahan Asas Ikan!

 

Masukkan mee laksa yang dah direbus ke dalam mangkuk. Masukkan sekali bahan lain di atas mee laksa tadi. Kemudian tuang kuah ke dalam mangkuk. Sedia untuk menikmatinya!

Kuah laksa ni, makin lama dimasak makin terasa kepekatan kuahnya. Sebab tu kalau nak buat hidangan laksa, selalunya lagi sedap kalau masak waktu awal pagi, dan bila petang nak makan baru panaskannya semula.

Kalau dah lama anda mencari resepi laksa yang padu, bolehlah cuba resepi laksa penang yang cukup dengan rasa ni. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.