Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-HdKzhA.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-HdKzhA.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Mee Kari Sedap. Rahsia Nak Dapatkan Kuah Yang Meletop, Confirm Hirup Sampai Licin!

0 2,973

Mee kari ni kalau kuah dia kena dengan bahan-bahannya, memang cukup power. Buatkan kita makan sampai bertambah. Selagi tak jumpa resepi mee kari sedap, selagi tu gigih nak cuba buat kan. Kali ni apa kata cuba resepi ni yang pasti buat anda tak menyesal.

Rasa yang sangat luar biasa sebab ada bahan rahsia yang membuatkan kuahnya pekat dan lagi sedap. Memang kena pada tekak semua orang. Tengok resepinya sebenarnya senang je. Bagi yang baru first time buat pun jarang tak jadi.

Selalu orang ingat letak kerang dah membuatkan mee kari tu enak rasanya, sedangkan campuran bahan yang betul dalam menghasilkan kuahnya pun dah cukup membantu menaikkan rasa.

Perkongsian resepi ni dari Jauharatuddini Taib yang menggabungkan pelbagai cara dan tips membuat mee kari yang sedap. Bila ada olahan resepi ni mesti lagi meletop dan boleh agak tahap kesedapannya.

Dalam perkongsiannya ada sekali resepi sambal kicap untuk dihidang bersama mee kari. Sesetengah orang tak makan sambal kicap dengan mee kari. Mungkin anda boleh cuba untuk menambahkan selera.

 

RESEPI MEE KARI SEDAP

Dalam resepi ni kita masukkan ayam sahaja sebagai bahan binatang dalam kuah. Semasa menumis pada awalnya, masukkan sekali kaki ayam untuk hilangkan bau dan naikkan aroma.

Bahan-bahan tumisan:
  • Bawang merah 2 biji yang bersaiz  sederhana (dimayang)
  • Daun kari 2 tangkai (cerai-ceraikan daun dengan batang, dan batang akan dimasukkan sekali nanti)
  • Rempah kari adabi
  • Cili kering yang dah siap dikisar
  • 4 sekawan

Bahan-bahan dikisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 6-7 biji bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 2-3 inci halia
  • Udang kering sedikit (ini tips dan bahan rahsia pertama untuk naikkan lagi rasa)

Bahan-bahan lain:
  • Kentang 3 biji (saiz sederhana) yang siap direbus dan dikisar (ini tips dan bahan rahsia kedua untuk bagi kuah lagi pekat dan sedap)
  • Santan
  • Tauhu kering
  • Fish ball
  • Daun limau purut (tips dan bahan rahsia yang ketiga untuk naikkan aroma mee kari)
  • Sedikit kacang panjang yang dah dipotong

Cara masak kuah mee kari sedap:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali, dan masukkan bahan tumisan. Tumis sehingga naik bau dan bertukar warna.

▶️ Kemudian masukkan ayam dan juga kaki ayam. Biarkan seketika.

▶️ Seterusnya masukkan bahan yang dah dikisar tadi. Masukkan sikit air dan biarkan seketika.

▶️ Selepas tu masukkan cili kering dikisar dan juga rempah kari. Masukkan sekali air dan agak-agak kuantiti airnya sebelum dimasukkan santan. Kacau bagi sebati.

▶️ Kemudian, selepas dah sebati, waktu ni akan masukkan kentang yang dah siap dikisar tadi.

▶️ Masukkan bersama-sama dengan santan dan perlahankan api. Sesekali kacau kuah supaya lebih blend.

▶️ Seterusnya masukkan tauhu kering dan fishball. Waktu ni juga masukkan daun limau purut untuk naikkan aroma.

▶️ Hampir nak masak kuahnya tu, barulah masukkan kacang panjang dan biarkan seketika. Dah mendidih, bolehlah padamkan api.

▶️ Sedia dihidangkan bersama bahan sampingan lain seperti taugeh, sawi, telur rebus, daun bawang, cili merah besar, bawang goreng dan limau kasturi.

Kalau nak buat sambal kicapnya, boleh ikut resepi di bawah ni.

 

Bahan-bahan sambal kicap:
  • Bawang putih yang dah siap diketuk
  • Cili padi (dipotong kecil)
  • Limau kasturi
  • Limau nipis
  • Kicap manis
  • Gula perang
  • Garam secubit

Cara buat sambal kicap:

▶️ Campurkan bawang putih, cili padi, kicap manis, gula dan garam. Kemudian perahkan limau ke dalamnya.

▶️ Kacau sehingga sebati. Dah siap!

▶️ Anda boleh gunakan kicap mahsuri pedas kalau ada. Nanti hanya campurkan bawang putih je. Cuma kalau tak cukup pedas, boleh tambahkan lagi cili padi.

 

BACA JUGA: Cara Buat Bakso Sedap. Resepi Turun Temurun Orang Berniaga, Yang Wajib Cuba!

 

Hidangkan bersama mee kari. Penggemar masakan pedas boleh masukkan sambal kicap ni ke dalam kuahnya dan gaul. Memang nikmat rasa dia. Namun kalau makan macam tu je tanpa sambal kicap pun dah cukup sedap.

Terliur tengok kuahnya yang pekat tu kan. Nak ikutkan resepi dan cara masaknya ringkas dan cepat. Tapi rasanya cukup power sebab bahan-bahan rahsianya tu. Anda boleh cuba kalau nak rasakan kelainannya.

Jangan lupa kongsikan resepi ni di Facebook masing-masing ya. Supaya nanti boleh ajak mak, akak, adik dan kawan-kawan try resepi mee kari sedap ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.