https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Nasi Briyani Kambing Hyderabad Padu Dan Enak Rasanya, Kalah Kedai Mamak!

0 5,494

Masak sendiri nasi briyani ni lagi untung dan puas bila makan sekeluarga kan. Boleh masak ikut citarasa. Dan yang penting boleh berjimat bila masak banyak. Bagi yang betul-betul gemar nasi briyani, mesti suka dengan hidangan nasi briyani kambing. Lagi-lagi resepi nasi briyani kambing Hyderabad.

Nasi briyani Hyderabad ni turut dipanggil nasi briyani dum. Ramai yang dah tau asal juadah ni dari negara India. Bila dengar je dah boleh agak yang resepinya penuh dengan aroma rempah yang wangi dan membangkitkan selera.

Bukan biasa-biasa penyediaan rempah untuk resepi ni. Biasanya kalau kita masak nasi briyani biasa atau nasi berperisa, segala rempah akan ditumis dan terus dimasakkan dengan bahan-bahan lain.

Namun berbeza dengan resepi briyani Hyderabad. Sebahagian bahan rempahnya akan disangai dahulu kemudian dikisar. Rempah ni yang akan dipanggil sebagai ‘rempah masala’. Lagi kuat aromanya.

Kemudian kambing akan diperap semalaman dengan garam masala ni dan juga bahan-bahan lain. Sekali makan, terasa macam di negara India pula. Kalau anda nak cuba, jom lihat perkongsian Siti Hawa ni.

 

RESEPI NASI BRIYANI KAMBING HYDERABAD

Untuk juadah nasi briyani kambing ni, lauk sampingan yang melengkapkan lagi rasanya ialah dalca utara. Dalam resepi ni juga akan disenaraikan bahan dan juga cara penyediaan dalca utara ni.

Sebelum masak nasi briyani, kambing dan juga dalca utara, sediakan dahulu bahan perapan kambing sebab kambing perlu diperap dulu semalaman baru boleh dimasak.

Cara penyediaan perapan kambing:
Bahan rempah garam masala:
  • Biji ketumbar 40 gram (rempah biji)
  • Jintan manis 20 gram
  • Jintan putih 20 gram
  • Kulit kayu manis 10 gram
  • Buah pelaga 5 gram
  • Bunga lawang 5 gram

*Kesemua bahan ni disangai dahulu kemudian kisar sampai halus. Gaulkan rata.

 

Bahan perapan kambing:
  • Kambing 1.2 kilo (dibasuh dan ditoskan dahulu)
  • Rempah garam masala 2 sudu besar (rempah yang disangai dan dikisar tadi)
  • Rempah briyani 2 sudu besar
  • Serbuk kunyit 1 sudu besar
  • 4 sekawan (1 kayu manis, 2 bunga lawang, 3 buah pelaga,4 bunga cengkih)
  • Daun salam 2 helai
  • Yogurt plain 1 cawan kecil
  • Serbuk cili 2 sudu besar
  • Garam 1 sudu besar
  • Bawang besar kisar 3 sudu besar
  • Bawang putih kisar 1 sudu besar
  • Halia kisar 2 sudu besar
  • Tomato dikisar 1 biji
  • Minyak masak ¾ cawan
  • Segenggam bawang goreng (bawang besar yang dihiris digoreng dalam minyak panas)
  • Daun pudina sedikit
  • Daun ketumbar dihiris kecil

*Gaul rata kesemua bahan-bahan di atas bersama dengan kambing dalam 1 bekas. Dan perap semalaman.

 

Cara penyediaan nasi:
Bahan-bahan untuk nasi:
  • Beras basmathi 700 gram
  • Garam sedikit
  • 4 sekawan
  • Daun salam
  • Sedikit minyak masak

 

Caranya:

▶️ Rendam dulu beras basmathi selama ½ jam. Kemudian toskan.

▶️ Masukkan air dalam periuk bersama dengan garam, 4 sekawan, daun salam dan sikit minyak masak. Didihkannya.

▶️ Selepas air dah mendidih, masukkan beras yang ditoskan tadi.

▶️ Rebus beras sehingga ¾ masak.

▶️ Kemudian, dah boleh masak briyani kambing.

Cara penyediaan nasi briyani kambing:
Bahan tambahan lain:
  • Bawang goreng (bawang besar dihiris nipis dan digorengkan sehingga perang)
  • Daun pudina
  • Daun ketumbar
  • Saffron

 

Caranya:

▶️ Kambing yang dah diperap boleh direbus sehingga empuk.

▶️ Semasa merebus boleh tambah air jika air kering.

▶️ Lepas kambing dah empuk, masukkan dalam periuk nasi atau periuk biasa.

▶️ Masukkan beras yang dah direbus ¾ masak tadi secara lapisan atas kambing.

▶️ Kemudian taburkan bawang goreng, daun pudina, daun ketumbar dan saffron.

▶️ Masukkan air rebusan beras tadi dalam ¾ cawan ke atas beras dalam periuk ni.

▶️ Letakkan 2 sudu besar minyak sapi atas beras juga.

▶️ Sambung masak sehingga nasi masak sepenuhnya.

▶️ Sekarang jom buat dalca utara.

Bahan-bahan untuk dalca utara:
  • Daging tetel atau tulang kambing/lembu (direbus dengan 1.5 air yang dimasukkan garam, serbuk perasa dan sehali daun salam.
  • Kacang dal rebus empuk 200 gram
  • Jintan manis ditumbuk 2 sudu
  • Bawang kecil dihiris 3 biji
  • Bawang putih dihiris 2 ulas
  • Halia dihiris 1 inci
  • Kentang potong ikut suka 2 biji
  • Tomato dipotong 6 hanya 1 biji
  • Lobak merah potong ikut suka1 biji
  • 4 biji cili hijau dibelah 2 potong 4
  • 4 biji cili kering dipotong 2
  • Rempah masala 3 sudu besar
  • Serbuk kunyit 1 sudu besar
  • Daun kari 2 tangkai

 

Cara masak dalca utara:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, halia, serbuk kunyit, jintan manis, dan rempah masala dengan sedikit minyak.

▶️ Tumis sehingga naik minyak. Kemudian masukkan kentang, dan lobak merah. Biarkan sehingga empuk.

▶️ Boleh tambah garam dan sedikit gula sehingga berasa.

▶️ Dah siap, sedia untuk dihidangkan dengan nasi briyani kambing.

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Planta Dan Ayam Masak Merah Sedap Macam Kenduri. Tak Cukup Sepinggan.

 

Kalau tengok cara penyediaannya memang agak lama dan penat. Tapi hasilnya memuaskan hati bagi yang gilakan briyani kambing. Sebab resepi briyani kambing Hyderabad ni lagi pure dan cukup berasa rempahnya.

Kalau di India dan Pakistan tu, briyani kambing ni dah jadi satu makanan kerap dihidangkan bila-bila masa. Bagi kita, jika ada masa, sekali sekala bolehlah hidangkan untuk suami dan keluarga masakan briyani kambing special ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.