Segalanya Tentang Makan..

Resepi Nasi Claypot Sedap Macam Food Court. Senang Je Nak Buat Rupanya!

0 4,182

Selalu kalau makan kat food court, nasi claypot ni selalu jadi pilihan. Yelah, kat tempat lain susah nak dapat. Di rumah apatah lagi. Bila terjumpa resepi nasi claypot paling sedap macam food court yang dikongsikan oleh Cik Puan Sarah ni, apa lagi. Terus rasa nak cuba.

Sebenarnya tarikan nasi claypot ni ialah hidangan dalam claypot yang sangat sedap dan menyelerakan. Bukan macam nasi biasa. Bila tengok resepi ni, baru tahu dengan terperinci cara menyediakan hidangan ni.

Patutlah selama ni rasa sedap dengan lembut-lembut nasi yang dah sebati dengan kuah masakan ayam yang disatukan dalam claypot tu.  Kuahnya pula memang dimasak pekat dan cukup berasa. Dan ada pula bahan cendawan yang memang sinonim dengan hidangan claypot.

Kalau ikut resepi ni, sah anda tak cari hidangan ni lagi kat food court. Biasanya kalau nasi claypot ni lauknya ialah ayam yang dipotong kecil-kecil sederhana.

Masakan kicap hitam ni tak sama macam lauk ayam masak kicap kita biasa masak. Hidangan kuahnya lebih pekat dan berkilat. Memang padan hidangannya dengan nasi claypot ni.

 

RESEPI NASI CLAYPOT SEDAP MACAM FOOD COURT

Nak buat nasi claypot sebiji macam food court ni lagi ‘feel’ kalau masak dan hidangkannya dalam claypot tu sendiri. Selalunya kebanyakan orang nak mudah masak dalam periuk biasa atau rice cooker je. Tapi kalau anda nak ‘feel’ lebih, carilah claypot. Nanti boleh buat selalu.

Bahan-bahannya:
  • 3 senduk kecil  kicap manis
  • 3 senduk kecil  kicap pekat
  • 3 senduk kecil sos tiram
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • Bawang putih dihiris
  • Halia dihiris
  • Cendawan (rendam dulu bagi lembut)
  • Ayam (potong kecil)
  • Beras (rendam dulu 30 minit)
  • Kiub ayam
  • Cili kering (dipotong-potong)
  • Air tepung jagung
  • Ikan tenggiri masin (optional)

Cara masak nasi claypot:

▶️ Mula-mula panaskan minyak sikit dalam kuali.

▶️ Masukkan bawang putih, halia dan cili kering. Tumiskan sekejap.

▶️ Lepas tu masukkan ayam. Biarkan air ayam tu keluar sikit.

▶️ Tambahkan air, dan masukkan kiub ayam.

▶️ Kemudian masukkan kesemua bahan kicap, sos tiram dan cendawan.

▶️ Biarkan kuah mendidih.

▶️ Bancuhkan tepung jagung dan air sedikit, lepas tu masukkannya dalam kuali untuk pekatkan kuah. Kacau sebati.

▶️ Bila dah pekat boleh padamkan api. Ketepikan.

▶️ Dalam claypot, masukkan beras dan juga air. Dan masak seperti biasa.

▶️ Agak-agak nasi nak kering, letakkan ayam, telur, minyak bijan dan ikan tenggiri masin (optional).

▶️ Dah siap. Boleh taburkan daun bawang dan cili padi potong sebagai hiasan.

▶️ Sedia dihidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Kicap Paling Simple Sekali, Tapi Sedap Sampai Menjilat Jari!

 

Nak makan dalam clayport terus boleh, atau nak makan dalam pinggan pun boleh juga. Gaul-gaulkan dan cedukkan je dan letak atas pinggan.

Tapi kalau makan dalam claypot ni lagilah sedap. Makan waktu panas-panas. Tambah lagi sedap masakan ayam kuah pekat tu. Rencahnya cukup berasa.

Lepas ni bolehlah beli sebiji claypot tu dan letakkan je kat dapur. Bila teragak nasi claypot macam kat food court, boleh terus buat sendiri.

Leave A Reply

Your email address will not be published.