Segalanya Tentang Makan..

Resepi Nasi Lemak Pandan. Tips Sambal Sedap Dan Tahan Lama. Nasinya Pun Wangi.

0 5,082

Ada bermacam selera boleh dilayan kalau nak makan nasi lemak ni. Selain hidang dengan kepelbagaian lauk, nasi tu sendiri pun boleh dipelbagaikan cara masaknya untuk menaikkan lagi selera. Salah satunya ialah resepi nasi lemak pandan ni. Aromanya wangi dari nasi lemak biasa.

Selalunya nasi lemak ni, kesedapannya bergantung pada nasi dan juga sambal. Kalau nasi sedap, sambal pula kurang boleh putus selera. Resepi dari Raja Amanina ni ada macam-macam tips yang anda boleh ikut untuk pastikan sambal sedap dan tahan lama walau tak masukkan dalam peti sejuk.

Salah satunya ialah tak letakkan bawang putih dan halia. Hanya gunakan bawang merah dan bawang besar je. Sambal yang sedap juga warnanya merah gelap, dan perlu masak lama sampai betul-betul pecah minyak. Barulah kekal elok dan tak basi dari pagi sampai ke malam.

Sama juga macam nasi. Cara nak bagi nasi lambat basi perlulah kukus. Lagi pun kalau kukus lagi bertambah sedap dan naik wangi aroma pandan tu. Dan nasi akan cantik berderai tanpa kerak. Bertambah seleralah bila makan kan.

Puas hati betul kalau buat nasi lemak sendiri ni. Boleh hidangkan lengkap siap dengan telur rebus/mata, ikan bilis goreng, kacang tanah, timun, ayam goreng dan sebagainya.

 

RESEPI NASI LEMAK PANDAN

Nak buat nasi lemak pandan, gunakan 3-4 helai daun pandan dan kisar dengan air. Lepas tu tapis. Tapi kalau anda nak buat nasi lemak biasa je, guna 2 helai daun pandan dan simpulkan je. Masukkan dalam beras untuk bau lebih wangi.

Bahan-bahan nasi lemak kukus:
  • Beras (cuci bersih)
  • Santan (sukatan santan sama dengan beras, tapi pastikan santan tu cair sikit supaya nasi tak berat dan cepat muak)
  • 3-4 helai daun pandan kisar dengan air (tapis)
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3-4 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
Cara masak nasi lemak pandan:

▶️ Mula-mula panaskan kukusan.

▶️ Satukan kesemua bahan dalam satu bekas sesuai untuk kukus. Contohnya loyang.

▶️ Kemudian kukus nasi sehingga masak.

Bahan-bahan untuk sambal:
  • 3 genggam cili kering (potong kecil-kecil dan rebus hingga lembut)
  • 3 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang merah
  • Belacan sikit
  • 1 asam keping atau air asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya

Cara masak sambal:

▶️ Kisar cili kering bersama bawang besar, bawang merah dan belacan. Belacan tu masukkan sikit je.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga betul-betul garing.

▶️ Kalau sambal pekat sangat boleh masukkan air sikit.

▶️ Kemudian masukkan asam keping dan reneh lagi sampai pecah minyak.

▶️ Perasakan dengan garam dan gula. Nak lagi sedap guna gula melaka.

▶️ Nak lebih cantik, masukkan sikit ikan bilis. Ikut citarasa anda.

▶️ Dah siap.

 

BACA JUGA: Resepi Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis Rangup. Masuk Dalam Bekas, Boleh Makan Berulang Kali!

 

Hidangkan nasi, sambal dan segala bahan lengkap lain untuk nasi lemak. Kalau ada ayam goreng lagi sedap. Nampak special sikit hidangan nasi lemak kali ni.

Mudah je kan cara nak masak nasi lemak dan sambal yang sedap ni. Selalunya risau je nak masak sambal nasi lemak ni. Sebab takut cepat basi atau tak cantik hidangan.

Resepi nasi lemak pandan ni sesuai nak buat hidangan istimewa hujung minggu. Bukan sekatat untuk sarapan je. Boleh dimakan sampai ke malam. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.