Segalanya Tentang Makan..

Resepi Rojak Petis Homemade Sedap. Jom Buat Kuah Rojak Sendiri Tanpa Gunakan Petis Pun Dan Jadikan Stok!

0 10,341

Ada kat sini peminat rojak petis? Selalu kalau teragak beli kat kedai je. Betul tak? Rojak petis ni memang selalu tekak ni teringin time duduk-duduk santai di rumah. Tapi tak kan tiap kali tu nak beli. Apa kata cuba resepi rojak petis homemade sedap ni dan buat kuah rojak sendiri.

Boleh jadikan stok dalam peti sejuk. Tiap kali teragak, ceduk je kuah rojak ni dan bancuh terus. Kalau bahan rojak tak cukup pun, boleh je buat rojak petis simple mana yang anda nak dengan gunakan buah atau sayuran yang ada kat dalam peti sejuk tu. Janji ada stok kuah rojak ni.

Resepi rojak petis ni dari Dapur Mekza yang paling mudah anda boleh ikut. Resepi turun temurun beliau ni simple dan ringkas je cara buatnya tanpa masukkan petis. Kalau dapat buat sendiri memang puas sebab boleh buat stok banyak-banyak untuk makan berulang kali.

Tambah lagi untung juga buat sendiri sebab boleh ikut tekak kita. Buat tahap kepedasan dan kepekatan kuah macam mana kita suka.

Kadang-kadang beli di kedai pun ada yang tak berapa kena pada tekak, contohnya kurang pedas, atau tak cukup berasa.

 

RESEPI ROJAK PETIS HOMEMADE SEDAP DAN KUAH ROJAKNYA

Kuah rojak ni nak tahan lama perlulah tenggekkannya di dapur sehingga betul-betul masak. Kemudian masukkan dalam bekas bertutup yang bersih dan kering. Dan simpankannya dalam peti sejuk. Bila nak makan je, boleh keluarkan dan bancuh untuk dimakan bersama rojak.

Bahan-bahan untuk kuah rojak:
  • Cili kisar 1 senduk
  • Kicap manis ½ botol
  • Sedikit belacan (lebih kurang sebesar ibu jari)
  • Gula 3 sudu besar
  • Bawang putih 4 ulas
  • Bawang merah besar 1 biji labu
  • Sedikit cili padi untuk tambah kepedasan
  • Kacang tanah (goreng dulu kemudian tumbuk)

Cara buat kuah rojak:

▶️ Mula-mula satukan bahan-bahan di atas kecuali gula dan juga kacang tanah.

▶️ Kemudian masukkan dalam blender dan kisar sehingga lumat.

▶️ Masukkan dalam kuali atau periuk dan tenggekkan atas dapur.

▶️ Masakkan bahan ni sehingga mendidih.

▶️ Kemudian masukkan 3 sudu gula dan kacang tanah yang dah siap digoreng dan ditumbuk tadi. Kacau sekata.

▶️ Lepas tu biarkan kuah ni mendidih lagi sekali.

▶️ Dah masak, boleh tutup api dan sejukkan. Masuk dalam peti sejuk.

▶️ Bila nak makan, keluarkan dan bancuh untuk hidangan kuah rojak.

Bahan-bahan tambahan untuk hidangan kuah rojak:
  • Kuah rojak tadi 1 senduk
  • 2 sudu gula
  • 1 sudu besar kacang tumbuk
  • 1 biji cili padi kalau nak pedas

Cara penyediaan:

▶️ Gaulkan je kesemua bahan ni  dan sedia untuk dihidangkan dengan buah dan sayur.

 

Untuk bahan buah dan sayur:
  • Teugeh
  • Timun
  • Nenas
  • Sayur kangkung
  • Tauhu sengkuang
  • Dan lain-lain

▶️ Nak hidangkan, gaulkan kesemua bahan sayuran dan buah ni dengan kuah rojak yang dibancuh tadi.

▶️ Bolehlah dihidangkan!

 

BACA JUGA: Cara Buat Sambal Pecal Atau Gado-Gado Resepi Turun Temurun. Pedas Dan Mengancam! 

 

Sedapnya dan terliur bila sekali pandang. Mungkin ada yang bertanya kenapa tak masukkan petis atau otak udang dalam bahan kuah rojak tu. Sebenarnya ini ialah resepi rojak turun temurun tuan empunya resepi yang memang digemari dari dulu.

Kalau anda suka, boleh masukkannya ikut selera masing-masing. Tapi kalau anda cuba resepi yang simple ni pun masih sedap dan menyelerakan. Boleh jadikan salah satu resepi kuah rojak yang anda boleh cuba. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.