Makanan western ni kadang-kadang rasa malas nak buat kan? Satu sebab bahannya kita tak berapa biasa. Lepas tu cara masak berbeza dengan masakan melayu. Tapi untuk resepi pasta tuna bakar cheese leleh ni serius anda kena cuba! Yang ini memang padu rasanya.
Sebab hidangan ni betul-betul nampak istimewa. Sejenis makanan yang buatkan kita craving lagi lepas sekali rasa. Pasta tuna ni ada campuran keju, dan cukup dengan rasa masam, manis dan wangi herba. Lepas je bakar, fuhh memang terliur melihatnya.
Kalau anda biasa makan lasagna, pasta tuna cheese leleh ni lebih kurang sama juga macam lasagna, cuma yang ini menggunakan tuna. Manakala lasagna ada bahan daging atau ayam kisar.
Menariknya resepi yang dikongsikan oleh Anna Joe ni ialah bahan sos yang digunakan. Ada 2 jenis sos pasta bake yang dicampurkan sekali. Kemudian ditambah lagi dengan tomato puree homemade yang rasanya lebih asli.
Belum masukkan cheese lagi dah rasa lemak berkrim ramuan pastanya. Lepas tu ada pula tuna yang membangkitkan lagi selera. Memang sedap. Kalau makan confirm cepat licin.
RESEPI PASTA TUNA BAKAR CHEESE LELEH
Nak buat pastanya tu sebenarnya ikut juga citarasa anda. Kalau anda suka pasta yang kurang masam, boleh kurangkan atau tak letak langsung tomato puree. Begitu juga sebaliknya.
Untuk resepi ni tak dimasukkan campuran herba Italy sebab pemilik resepi ni kehabisan stok bahan. Tapi sebaiknya anda masukkan campuran herba ni ikut citarasa (seperti thyme, oregano dan sebagainya).
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 paket bow tie pasta
- 2 botol pasta bake sause Creamy Tomato & Mozarella
- 1 botol pasta bake sauce Tomato, Ricotta & Spinach
- 3 tin tuna jenama Captain’s Catch Tuna Chunks in Spring Water (jenama apa-apa pun boleh)
- 1 tin cendawan butang (boleh tambah kalau suka banyak)
- Shredded cheese mix pek besar (kalau pek kecil sediakan lebih. Sebab lagi banyak lagi sedap)
- Olive oil (kalau tak ada boleh guna marjerin)
- Beberapa variasi Italian herbs ikut citarasa masing-masing
- Tomato puree homemade (cuci bersih tomato, kupas kulit, buang biji menggunakan sudu, potong dadu. Lepas tu kisar atau nak lenyekkan dalam periuk semasa masak pun boleh sampai jadi macam cecair. Nak sedap campurkan sikit sos tomato)
Cara buat pasta tuna bakar cheese leleh:
▶️ Mula-mula masak pasta. Caranya masukkan pasta dalam air mendidih.
▶️ Campurkan ke dalamnya sedikit garam dan olive oil.
▶️ Kemudian rebus kurang 2 minit dari yang tercatat di plastik pasta. Contohnya kalau arahan rebus selama 10 minit, anda rebus 8 minit je.
▶️ Dalam periuk lain, masak tuna pula. Mudah je, panaskan olive oil paras menutupi permukaan periuk.
▶️ Kemudian masukkan tuna yang dah ditoskan.
▶️ Masak selama 3-4 minit dah siap.
▶️ Sebelum masak pasta sauce, panaskan oven dulu. Sapukan siap-siap butter pada loyang yang ingin bakar pasta nanti.
▶️ Untuk masak pasta sause, sediakan periuk yang besar sikit sebab pasta sauce ada banyak sampai 3 botol.
▶️ Mula-mula buka tin cendawan dan toskan cendawan tu.
▶️ Panaskan periuk dengan sedikit olive oil dan masukkan cendawan. Tumis selama 3 minit.
▶️ Masukkan tomato puree yang dah disediakan awal-awal tadi.
▶️ Kemudian masukkan ketiga-tiga botol pasta bake sause (2 botol perisa sama + 1 botol perisa lain).
▶️ Kacau sehingga sebati dan biarkan mereneh.
▶️ Taburkan Italian herbs (boleh masukkan thyme, oregano dan sebagainya ikut citarasa anda).
▶️ Dalam ia tengah mereneh tu, masukkan tuna yang dah siap dimasak awal-awal tadi.
▶️ Kemudian masukkan pasta yang telah direbus dan ditoskan. Kacau lemah lembut je sebab takut pasta hancur.
▶️ Bila semua dah sebati, boleh padamkan api. Sedia untuk masukkan dalam loyang untuk dibakar.
▶️ Dalam resepi ni gunakan loyang kaca Pyrex. Boleh guna apa yang anda ada.
▶️ Pastikan loyang dah disapu butter siap-siap.
▶️ Tuangkan 1/3 dari campuran pasta tadi ke dalam loyang.
▶️ Kemudian taburkan shredded cheese di atasnya.
▶️ Pemilik resepi kekurangan shredded cheese, jadi dicampurnya kepingan cheddar cheese.
▶️ Lepas tu tuangkan lagi campuran pasta.
▶️ Dan taburkan lagi lapisan shredded cheese. Kali ni lebih sikit sebagai penghujung.
▶️ Boleh pandai-pandai bajet campuran pasta dan juga taburan cheese supaya cukup.
▶️ Masukkan dalam oven dan bakar sehingga cheese cair. Tak perlu lama pun tak apa. Cukup sekadar cheese cair. Sebab bahan semua dah masak.
▶️ Dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sekejap.
▶️ Sedia untuk dijamah!
BACA JUGA: Lasagna Daging Cheese Pedas Super Creamy, Mudah Je Tapi Sedap Tak Terkata.
Nyummyy, memang sedap pasta tuna cheese ni. Puas makan bersama keluarga. Untuk resepi ni sebenarnya cukup untuk 3 loyang iaitu 1 loyang saiz besar dan 2 loyang saiz kecil. Atau pun ketiga-tiganya loyang saiz sederhana.
Makan tak payah berebut. Berbaloi buat hidangan ni. Bahannya boleh sekali masak untuk 3 loyang. Rasanya pun sedap.
Bagi yang gilakan cheese tu, boleh buat pasta tuna bakar cheese leleh ni. Ada pasta tuna tu boleh buatkan tak cepat muak. Jangan lupa mencubanya.